Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Penyanyi dan pelakon wanita Ayda Jebat merasakan sebenarnya lagu balada bukan penentu untuk memenangi anugerah atau penanda aras terhadap karier seorang penyanyi.
Bagi Ayda, setiap lagu yang ingin dinyanyikan itu mesti datang daripada hati dan perlu meminati dengan sepenuhnya tanpa rasa curiga.
"Sebelum ini ramai yang ajukan tanyakan kepada saya, kenapa tak buat lagu balada kenapa perlu lagu rancak.
"Bagi saya, kita kena buat apa yang kita suka. Apabila kita buat perkara yang kita minati, hasilnya lebih menakjubkan dan lebih ikhlas.
"Itu yang saya belajar setelah memenangi Lagu MeleTOP di Anugerah MeleTOP era kali ini. Meraih anugerah tersebut saya memang tidak menyangka dan terkejut.
"Saya bersaing dengan nama-nama besar yang sudah lama menyanyi. Pada masa yang sama, ia juga memberi tekanan kepada saya untuk lakukan yang terbaik di masa akan datang," seloroh Ayda kepada portal Murai.com.my.
Dalam pada itu Ayda juga memenangi kategori lain dalam #AME2016 iaitu Penyanyi MeleTOP, , Pelakon MeleTop, Drama MeleTOP serta anugerah utama Top Top MeleTOP (wanita).
Dengan kejayaan yang agak luar biasa, Ayda turut ditanya adakah dirinya dilantik sebagai duta produk selaku penaja rasmi membuatkan dirinya meraih banyak anugerah.
Nada yang tenang Ayda membalas, soalan itu tidak relevan dengan kemenangannya. Bagi Ayda, kejayaan yang diperoleh adalah hasil sokongan padu peminat yang tidak henti-henti.
"Saya sekali lagi menangkis soalan sebegitu. Menang banyak anugerah disebabkan menjadi duta, ia adalah tidak tepat.
"Kemenangan yang saya terima ini adalah undian peminat yang terdiri daripada lapisan usia. Pada malam anugerah ini juga ada yang tak dapat masuk kerana tempat terhad dan sanggup berhujan di luar demi saya.
"Apa yang saya raih ini adalah untuk mereka, saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur untuk menghiburkan mereka semua. Peminat umpama famili saya yang disayangi," akhiri Ayda.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 29 Feb 2016
No comments:
Post a Comment