Recent Post

Monday, February 22, 2016

Pengurus Felda dan pesara bebas tuduhan palsu dokumen - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pengurus Felda dan pesara bebas tuduhan palsu dokumen

22/02/2016 10:56am

KUANTAN - Seorang pengurus Felda dan seorang pesara dibebaskan daripada tuduhan memalsukan dokumen berhubung kerja-kerja pembersihan kawasan di Felda Jengka 19, Maran pada tahun 2011 dan 2012 di Mahkamah Sesyen dekat sini pagi tadi.

Mohamad Iqbal Sabtu, 32 dan Mod Ehsa Samsi, 56 dibebaskan oleh Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-duanya didakwa bersubahat menggunakan dua dokumen mengandungi butiran palsu yang menyokong dan meluluskan kerja pembersihan kawasan di peringkat 2, 3 dan 4 FELDA Jengka 19 tetapi kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Dua dokumen itu ialah Surat Perintah Kerja (SPK) bertarikh 22 Mac 2011 dan 31 Mac 2012 yang bernilai RM3,500.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Felda Technoplant Sdn Bhd (FTSB) di Jengka 19 mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mod Ehsa yang kini sudah bersara sewaktu melakukan kesalahan itu berjawatan Ketua Unit Perkebunan FTSB manakala Mohamad Iqbal yang kini merupakan Pengurus di FELDA Sungai Koyan, Raub adalah timbalan kepada Mod Ehsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amir Hamzah Idris manakala Iqbal diwakili Datuk Syed Azimal Amir Abu Bakar dan Mod Esa diwakili Nor Adilah Zarian. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *