Recent Post

Saturday, February 06, 2016

(Gambar & Video) Kanak-Kanak Afghanistan Ini Akan Bertemu Lionel Messi Setelah Gambarnya Viral


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KABUL, Afghanistan: Persatuan Bola Sepak Afghanistan merancang untuk membuat satu pertemuan antara Lionel Messi dan peminat ciliknya yang berusia lima tahun, Murtaza Ahmadi yang menjadi sensasi internet baru-baru ini.

Sebelum ini, gambar Ahmadi yang memakai baju Messi dengan menggunakan beg plastik menjadi viral apabila ia menyentuh perasaan orang ramai.

Jurucakap persatuan tersebut, Sayed Ali Kazemi kelmarin berkata mereka berharap Messi boleh datang ke Afghanistan untuk melawat kanak-kanak itu.

Sekiranya Messi tidak dapat datang ke Afghanistan, mereka akan menguruskan untuk menghantar Ahmadi ke Sepanyol, atau mengatur pertemuan di negara lain.

Gambar Ahmadi bermain bola berdekatan rumahnya di timur Wilayah Ghazni sebelum ini tersebar secara meluas sehingga mendapat liputan media antarabangsa.

Gambar terbabit memaparkan Ahmadi, bersama beg plastik berjalur biru dan putih - yang seakan sama dengan jersi Argentina - dengan nama "Messi 10" tertulis di belaka ng dengan marker hitam. - Siakapkeli.my

Afghanistan Football Federation has confirmed that Messi will meet his 5 year old fan Murtaza at Camp Nou ❤️.. pic.twitter.com/HTNKlzxw3y — Leo Messi (@messi10stats) February 1, 2016 — Faith in Humanity (@TheWorldImages) February 3, 2016



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *