Recent Post

Wednesday, February 24, 2016

Hisyam Hamid Akui Pilih Watak Elak Dihambat Kontroversi!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon yang kini popular dalam drama Isteri Vs Tunang, Hisyam Hamid yang sebelum ini dilanda kontroversi panas disebabkan Adegan Peluk, Hisyam Hamid Serik? Malah, Hisyam akui bahawa kini dia memilih watak yang sesuai supaya tiada lagi kontroversi akan melanda dirinya.

Pelakon kelahiran Singapura ini kini lebih berhati-hati dalam memilih watak dan baginya kontroversi yang terjadi sebelum ini adalah asam garam sebagai seorang artis.

Hisyam Hamid 1

"Kontroversi lalu tidak memberi kesan negatif kepada saya. Kalau diikutkan, sebenarnya saya lebih rela tiada cerita daripada ada cerita yang kurang enak."

"Tetapi, pengalaman lalu membuatkan saya lebih berfikiran luas dan jauh. Bahkan, saya menjadi lebih berhati-hati dalam memilih watak agar ia tidak berulang kembali."

Hisyam yang juga merupakan pelakon utama drama bersiri Memori Cinta Suraya ini turut menekankan jalan cerita sebelum bersetuju untuk memegang watak tersebut. Baginya, jika jalan cerita menarik dia akan menerima watak tersebut dengan terbuka hati.

Hisyam Hamid 2

"Jika skrip dan jalan ceritanya menarik, saya tidak teragak-agak untuk menjayakan watak yang ditawarkan."

Walaupun Hisyam sudah dua tahun bertapak dalam industri seni ini, namum dia menganggap dirinya sebagai pendatang baru dan kini sedang berusaha untuk mengukuhkan namanya sebagai seorang pelakon.

"Saya masih lagi artis baharu malah saya sedang berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai pelakon dalam industri hiburan."

Hisyam Hamid 3

Apabila berbicara mengenai drama terbaru Isteri Vs Tunang, Hisyam akui dia sangatt teruja untuk berlakon drama arahan Michael Ang ini.

"Sebenarnya, saya sudah lama punya keinginan untuk berlakon di bawahnya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran untuk watak Zaim Azfar dan berpeluang berlakon di samping Scha Al-Yahya dan Sharifah Sakinah."

"Michael seorang yang sangat kreatif. Kadang-kadang, dia akan cuba membuat satu-satu babak itu kelihatan lebih menarik dan seronok untuk ditonton."

Hisyam Hamid 4

Apapun, semoga kerjaya seni Hisyam semakin berkembang dan dikenali sebagai pelakon terbaik di Malaysia.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Isteri Hisyam Hamid Kini Berhijab
  • Hisyam Hamid Pernah Mengemis Nak Dapat 'Job'
  • Lara Alana Kian Membesar, Scha Alyahya Sedia Timang Anak!



  • Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *