Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
24/02/2016 12:25pm
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk mengambil tindakan drastik terhadap pesalah laku trafik yang tidak mempunyai lesen memandu dengan mengheret mereka ke mahkamah sebagai satu langkah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, tindakan itu wajar dilakukan selepas mendapati kebanyakkan kemalangan jalan raya yang berlaku berpunca daripada pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu.
"PDRM juga mencadangkan supaya pemilik kenderaan yang membenarkan individu memandu kenderaan tersebut tanpa lesen supaya turut diheret ke mahkamah bagi dikenakan tindakan sewajarnya," katanya selepas merasmikan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebentar tadi. K! ONLINE
No comments:
Post a Comment