Recent Post

Friday, February 26, 2016

Ketua Editor Malaysian Insider dipanggil ke Bukit ... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 26 Februari 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY KEMASKINI : Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata Ketua Editor portal berita The Malaysian Insider telah dipanggil ke Bukit Aman Jumaat untuk siasatan mengenai laporannya yang mengelirukan orangramai memetik sumber penal pengkaji operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau beritahu demikian menerusi laman twitter beliau pagi Jumaat.Laporan The Malaysian Insider itu memetik sumber penal SPRM kata penal itu dapati ada bukti prima facie untuk dakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu SRC Intenational.

Pengerusi penal itu, Tan Sri Hamid Bugo dan ahlinya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dalam satu kenyataan menafikan laporan berkenaan.- 26/2/2016

SKMM sekat Malaysian Insider…penal SPRM nafi laporan portal itu pasal PM

Jika disatukan dua berita ini, rasanya semua orang dapat buat kesimpulan.

Awalnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bertindak menyekat laman The Malaysian Insider.

Ia sudah dapat dilayari petang Khamis.

Tidak lama selepas itu dua anggota penal pengkaji operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan portal itu pada Rabu yang mendakwa penal itu dapati ada cukup bukti untuk dakwa prima facie Perdana Menteri dalam isu SRC International.

Memang senang hidup,cetus saja berita sensasi main hentam petik konon dari sumber yang didakwa dari penal berkenaan.

Bila kena sekat oleh SKMM…sensasi lagi.

Maka timbullah macam-macam persepsi termasuk konon kerajaan nak tutup belang dengan bertindak terhadap media.

Sedangkan lihat pada implikasi hentam keromo portal itu.

Jelas berita temberang saja.

Sekalipun SKMM hanya sebut tindakan itu kerana Malaysian Insider mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ia dipercayai ada kaitan dengan berita itu.

Menurut kenyataan SKMM, "Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

"Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini," katanya.

Menurutnya sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Cua bayang perasaan anggota penal pengkaji SPRM yang tidak tentu pasal dikaitkan dengan berita yang mengandongi dakwaan serius terhadap Perdana Menteri itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusinya,Tan Sri Hamid Bugo dan seorang lagi anggota nya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan ,mereka menafikan sakasekali bahawa penal itu dapati sudah ada bukti sahih untuk mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu SRC International.

Menurut mereka sumber penal itu yang dipetik dan dilapor oleh Malaysian Insider membuat dakwaan itu tidak ada kuasa buat kenyataan dan telah salah tafsir apa yang diputuskan oleh penal itu.

Keduanya kata mereka tidak ada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang dibuat oleh sumber tidak bernama itu.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH MEREKA:

"We, the undersigned, being the Chairman and two members of the Operations Review Panel ("Panel") which advises the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), expressly distance ourselves from the contents of the news report entitled "Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee" ("the Article") published by The Malaysian Insider earlier today.

We note that the Article cites an anonymous panel member as the source of various statements attributed to the Panel.

We wish to state that no anonymous source is authorised to speak for and on behalf of the Panel under any circumstances. In any event, we hereby expressly disassociate ourselves from all such statements attributed to the anonymous source.

We further wish to add that Panel did not at any time say that it had "enough proof to charge Najib over SRC" as claimed by the title of the Article, or that "there is credible evidence to frame charges against Datuk Seri Najib Razak".

The Panel also did not conclude that "The MACC investigators had collected sufficient evidence to prove a prima facie case against Najib."

However, the Panel advised the MACC to complete their investigation.

We would also like to refer to the Press Statement issued by MACC yesterday that stated that "The MACC was requested by ORP to issue public statement on these issues".

We wish to state that we made no such request of the MACC. It is however up to the MACC if it wishes to issue any statement."

Signed

Tan Sri Hamid Bugo, Chairman

Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Member

25/2/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *