Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Anzalna atau pelakon yang popular dengan drama Memori Cinta Suraya itu memberitahu dia mengambil kesempatan untuk bercuti selepas berkahwin adalah untuk berehat dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Saya dah start berehat daripada menjalani apa-apa penggambaran drama sejak Disember tahun lalu.
"Saya memang dah lama hendak bercuti panjang tetapi baru kini berkesempatan. Saya cuma mahu berehat dan meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.
"Mungkin saya akan kembali berlakon Mei ini selepas kami sama honeymoon dijangka April.
"Pun begitu saya akan tetap keluar dalam mana-mana majlis hiburan dan aktiviti hiburan lain," katanya kepada murai.com.my
Anzalna memberitahu dia dan suami merancang untuk melawat dan berbulan madu ke beberapa tempat di Amerika Syarikat.
"Hanif yang ajak berbulan madu di sana, saya ikut sahaja," katanya lagi.
Anzalna dan suami bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Februari ini.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 26 Februari 2016
No comments:
Post a Comment