Recent Post

Friday, February 26, 2016

DFKL 2016 Terima Sambutan Hebat di Sunway Putra Mall


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Masuk tahun ketiga penganjuran, DFKL 2016 dengan tema "Dunia Drama Sebenar" mengambil pendekatan untuk keluar daripada Lembah Klang bagi memberi pendedahan yang lebih buat masyarakat bagi mengenali DFKL dan intipati pengisiannya.

Terdahulu, DFKL 2016 telah singgah di 4 buah lokasi iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Lendu, Melaka dan Plaza Angsana, Johor Bahru dan Villlage Mall Sg. Petani, Kedah. Sunway Putra Mall menjadi lokasi terakhir bagi siri jelajah DFKL 2016 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Februari lalu.

TONE8374

DFKL 2016 Terima Sambutan Hebat Di Siri Jelajah Terakhir Siri Jelajah DFKL 2016 kali ini lebih memfokuskan kepada sesi ujibakat lakonan bagi mencari bakat baharu. Sesi ujibakat di Sunway Putra Mall telah diadili oleh Sheila Rusly, Azman Haji Yahaya (Jinggo), Ahmad Idham dan juga Heykal Hanifah. Para juri turut berkongsi tip bagaimana untuk menjadi pelakon yang baik dan dan kepentingan untuk mengikuti bengkel DFKL 2016 bagi mencari ilmu dan memantapkan lagi asas lakonan mereka.

Antara artis yang turut serta untuk siri jelajah di Kuala Lumpur ini ialah Syarul Ridzwan, Raja Afiq, Fattah Amin, Aidil Aziz, Beego, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Fizi Hot FM, Adi Putra, Mira Filzah, Ramona Zamzam dan Nadzmi Adhwa.

TONE8381

Siri jelajah di Kuala Lumpur ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di mana seramai 175 orang telah mendaftar untuk sesi ujibakat di mana 55 orang telah disenarai pendek. Tetapi buat anda yang terlepas.. jangan risau, masih ada lagi peluang untuk menyertai sesi ujiibakat seterusnya di bengkel DFKL 2016 iaitu 17 & 18 Mac nanti.

Siri jelajah di Kuala Lumpur ini turut disertai oleh J.Lo Zali, yang juga salah seorang panel bengkel dalam bidang solekan kesan khas. Beliau berkongsi kepakaran dan juga teknik-teknik solekan khas yang beliau perolehi sepanjang bereksperimentasi dengan pelbagai jenis solekan berbeza bersesuaian mengikut karektor di dalam drama dan juga filem bersama pengunjung-pengunjung.

_RAS1357

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9,

"Siri jelajah DfKL bagi tahun ini telah menerima respon positif daripada para pengunjung dan juga pihak produksi yang terlibat. Dengan sesi ujibakat yang diadakan ianya menjadi satu platfom yang sangat baik untuk mencungkil bakat baharu yang berpontensi. Ini kerana, orang ramai kadang kalanya tidak tahu bagaimana cara yang tepat untuk menyerlahkan bakat mereka untuk menjadi pelakon. Penyertaan bengkel setakat ini juga mendapat sambutan baik dan kami berharap orang ramai dapat mengambil peluang untuk menyertai bengkel DFKL 2016. Bukan sahaja anda bakal bertemu mereka yang sudah punya pengalaman meluas dalam bidang mereka, peserta dapat memperoleh input dan ilmu yang sudah semestinya tidak mudah untuk didapatkan di luar sana."

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini, yuran adalah sebanyak RM100.00 untuk sehari bagi orang awam manakala, untuk pelajar pula hanya RM60.00. Antara panel yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada 17 & 18 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) nanti adalah:

17 Mac 2016 (Khamis) 9.30 pagi – 12.30 tgh hari 2.30 petang – 5.30 petang Bengkel A Lakonan – Datuk Rosyam Nor

Animasi – Faizu Khalid (Les Copaque)

Pengarahan – Ellie Suriati

Solekan kesan khas – J.Lo Zali

Bengkel B Pengarahan – Ahmad Idham

Penampilan diri (Etika Komunikasi) -Datin Sharifah Shawati

Lakonan – Datin Seri Umie Aida

Penampilan Diri (Imej) – Raja Nadia Sabrina

18 Mac 2016 (Jumaat) 9.30 pagi – 12.30 tgh hari 2.30 petang – 5.30 petang Bengkel C Pengarahan – Azman Hj. Yahaya (Jinggo)

Penampilan Diri (Imej) – Awal Ashaari

Lakonan –Datuk Rosyam Nor

Pengarahan – Ahmad Idham

Bengkel D Pengarahan – Ellie Suriati

Animasi – Usamah Zaid (Wau Animation)

Solekan kesan khas – J.Lo Zali

Lakonan – Datin Seri Umie Aida

Bagi yang berminat, pembayaran bengkel secara online turut boleh dibuat di laman web rasmi dan juga www.wowshopping.com.my/tags/dfkl-2016. Untuk maklumat lanjut mengenai sila layari laman web rasmi www.dfkl.com.my. Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai DFKL 2016.

artis dan juri hari kedua

Artis hari kedua

DSC_9538

DSC_9575

perkongsian apa itu DFKL

Sesi ujibakat hari kedua

sesi ujibakat hari pertama

Solekan kesan khas oleh panel

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *