Recent Post

Thursday, March 17, 2016

10 Makanan Yang Buat Anda Rasa Lapar Sekarang!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Malaysia sebuah negara yang popular dengan pelbagai jenis makanan yang enak datang dari setiap bangsa dan negeri.

Meskipun Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa namun kita semua punya citarasa yang sama sehingga sesuatu makanan itu menjadi kegemaran semua.

Tanpa buang masa, jom kita layan 10 makanan yang popular di Malaysia yang akan buat anda rasa lapar sekarang:

1. Nasi Kandar

Nasi kandar sudah menjadi salah satu makanan tradisi semua kaum di Malaysia. Nasi yang berasal daripada masyarakat India muslim itu kini mula popular di Malaysia terutama Pulau Pinang.Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh pelbagai lauk mengikut citarasa seseorang biasanya ia boleh dipilih daripada menu berikut seperti daging, ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

2. Char Kuey Teow

Char Kuey Teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada mi kuey teow , digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.

3.Ketam Bercili

Siapa yang tak terliur bila melihat hidangan ketam bercili yang menyelerakan ini? Makanan laut ini biasanya dihidang bersama nasi putih dan enak dimakan beramai-ramai seperti bersama rakan-rakan atau keluarga.

4. Sup Gearbox

Sup tulang kaki atau gearbox amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar. Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Biasanya semangkuk besar sup gearbox disediakan dengan straw untuk menyedut kuah dan sum-sum.

5. Sotong Bakar

Makanan laut yang satu ini memang enak apabila digoreng tepung atau dibuat sambal tapi lebih mengiurkan apabila ia dimakan panas selepas dibakar kerana isinya pasti lembut dan manis.

6. Maggi ketam

Dengar nama Maggi Ketam pun memang dah tahu makanan itu sangat rare dan susah nak jumpa di tempat lain. Tak semua tempat menyediakan masakan ini, naum di Malaysia ia sudah mula popular di beberapa tempat.

7. Rojak Buah

Rojak buah yang dimakan bersama kuah petis merupakan makanan popular sebelah utara Malaysia. Namun ia tetap menjadi kegemaran sepanjang masa.

8. Yong Tau Foo

Yong Tau Foo adalah masakan tauhu berisi khas Hakka, Tionghoa. Hidangan ini terbuat dari tauhu yang diisi cincangan daging ikan yang dihaluskan. Variasi makanan ini antara lain juga mencampurkan sayuran  ke dalam adunan  ikan cincang. Yong tau foo dapat dimakan dengan banyak cara, antara lain disajikan dengan sos hitam dan sos cili khas atau pun dimakan dengan sup.

9.Laksa Penang

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.

10. Burger Bakar

Burger bakar adalah makanan segera yang sudah semakin popular di Malaysia. Daging burger yang dibakar lebih manis daripada burger yang digoreng. Lebih menyelerakan apabila ai dimakan disediakan bersama keju.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 17 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *