Recent Post

Thursday, March 17, 2016

Cuaca terkawal, persekolahan seperti biasa minggu depan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sesi persekolahan akan bersambung semula seperti biasa minggu depan berikutan keadaan cuaca panas yang dialami negara kini masih berada di tahap terkawal.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.

"Pihak sekolah harus mempertingkatkan pemantauan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.

"Pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan mengawal selia penyediaan dan penjualan minuman di kantin bagi memastikan bekalan air mencukupi," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi catatan di dalam blog beliau www.najibrazak.com berkata Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.

Berikutan fenomena El Nino, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang kurang.

Ahmad Tajudin berkata, Kementerian Pendidikan akan meneruskan pemantauan cuaca dan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara menjadi serius.

"Cuaca panas ini boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia dan sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang," katanya.

Sesi persekolahan di Kedah, Johor, Kelantan dan Terenganu dijadual bersambung pada 20 Mac ini, manakala negeri-negeri lain pada 21 Mac, selepas tamatnya cuti pertengahan penggal pertama 2016.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *