Recent Post

Thursday, March 17, 2016

BHEUU pantau operasi yayasan bukan berasaskan keuntungan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

BHEUU pantau operasi yayasan bukan berasaskan keuntungan

17/03/2016 12:28pm

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR

BANGI - Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memantau penyalahgunaan operasi yayasan yang bukan berasaskan keuntungan terutamanya dalam konteks pembayaran cukai kepada negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pemantauan tersebut bertujuan untuk memastikan hanya yayasan yang benar-benar melakukan operasi berteraskan kebajikan dapat menikmati pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Sebanyak 371 yayasan di seluruh negara yang berdaftar di bawah BHEUU kini mendapat pengecualian cukai melebihi RM1.3 bilion pada tahun 2014 dan ia merupakan satu angka yang besar dalam pendapatan negara.

"BHEUU dengan kerjasama Bank Negara dan LHDN akan memantau operasi yayasan tersebut agar mereka tidak menyalahgunakan sebarang aktiviti dalam mendapatkan keuntungan kepada mereka dalam masa sama mengelak untuk membayar cukai," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar sempena Simposium Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *