Recent Post

Thursday, March 17, 2016

Izreen Azminda Cabar Diri Cuba Watak Baru


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Drama Anugerah Skrin 2013, Izreen Azminda kini mencuba watak yang lebih berat selepas dua tahun dia memainkan watak ringan dan komedi. Izreen yang sebelum ini pernah Cemburu Dengan Rozita Che Wan akui ini pertama kali dia memegang watak bermain dengan emosi.

Untuk telefilem terbaru yang bertajuk Pada Syurga Di Wajahmu, Izreen akan banyak memainkan peranan air mata. Malah, kali ini Izreen akan bergandingan dengan pelakon hebat Zizan Nin.

Izreen Azminda 1

"Sudah lama juga saya tidak mendapat watak berat seperti ini. Justeru saya amat bersyukur apabila kembali diberikan karakter yang memerlukan saya bermain dengan emosi dalaman dan ia memang antara kesukaan saya."

"Begitupun, sesekali bertukar corak lakonan pun bagus juga. Jadi, tidaklah saya asyik muncul dengan watak sama saja."

Malah, ini kali ketiga Izreen digandingkan dengan Zizan Nin selepas mereka pernah berlakon bersama dalam telefilem Mendongak Ke Langit dan Mimi Mencari Cinta.

Izreen Azminda 3

"Zizan memang nampak serius orangnya, tetapi sebenarnya dia juga terkenal dengan sikap 'gila-gila'. Cuma, selepas dia bercerai dengan isterinya, saya bagai dapat rasa dalamannya belum baik sepenuhnya.

"Saya sendiri pernah melalui fasa yang sama sepertinya, sebelum ini. Cuma, dia pandai sembunyikan semua itu di lokasi penggambaran."

"Tambahan pula, dia lebih berpengalaman dalam dunia seni. Saya lihat dirinya memang nampak gembira, tetapi dalam hatinya siapa tahu? Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa mengenai hal itu kepadanya. Kami sebaliknya lebih mengutamakan hal profesional," tambahnya lagi."

Mengenai telefilem Pada Syurga Di Wajahmu ini, mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri yang hidup susah namun segalanya berubah apabila Zizan mendapat kerja di Kuala Lumpur.

Izreen Azminda 2

"Dalam telefilem ini, Zizan asalnya bekerja kilang dan hidup kami berdua serba tidak cukup. Hinggalah suatu hari, dia dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Namun, ada insiden buruk terjadi hingga saya diceraikan olehnya. Tanpa disedari, saya juga sudah mengandungkan anaknya selepas diceraikan."

Telefilem ini yang diarahkan oleh Raja Mukhriz akan bersiaran di TV3 tidak lama lagi.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *