Recent Post

Tuesday, March 29, 2016

4 stesen baharu LRT di Puchong dibuka 1 April


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Empat stesen baharu Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar Puchong akan dibuka mulai 1 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Azmi Abdul Aziz berkata stesen projek penyambungan laluan Ampang itu ialah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri.

"Dengan penyambungan laluan baharu ini, Prasarana menjangkakan penambahan bilangan pengguna, dan dengan tren baru ia mampu membawa kira-kira 1,100 penumpang pada satu masa," katanya pada sesi penerangan bersama media di stesen LRT IOI Puchong Jaya di Puchong, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurut Azmi, empat stesen baharu berkenaan berpotensi menarik bilangan pengguna berikutan lokasi stesen yang strategik dan kemudahan 'park and ride' yang disediakan di tiga stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong dan Taman Perindustrian Puchong.

Stesen IOI Puchong mempunyai 470 lot parkir kereta dan 95 untuk motosikal, stesen Pusat Bandar Puchong pula mempunyai 122 parkir kereta dan 90 bagi motosikal manakala stesen Taman Perindustrian Puchong mempunyai 350 parkir kereta dan 164 untuk motosikal.

Azmi juga berkata Prasarana turut giat menjalankan promosi bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam memandangkan perkhidmatan yang disediakan adalah selesa.

Sehingga kini, pengguna harian LRT pada waktu puncak adalah 450,000 dan Prasarana menjangkakan pertambahan 50,000 lagi pengguna tahun ini.

Sebelum ini, empat stesen terdahulu telah dibuka pada 31 Okt lepas melibatkan stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *