Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Karnival LILAC yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang akan diadakan di Laman Padi, Pulau Langkawi itu bakal menyaksikan Sheila Rusly bersama Chef Jo, mempersembahakan kehebatan masing-masing dalam memasak laksa dengan cara mereka tersendiri.
Sheila Rusly berkata, apa yang pasti pengunjung yang hadir bakal melihat cara masakan kari laksa yang agak berbeza daripada resepi biasa.
"Pertama kali ketika ditawarkan untuk memeriahkan karnival ini saya akui sangat teruja untuk menerimanya kerana saya memang peminat laksa.
"Pada karnival itu nanti saya diminta untuk membuat demonstrasi masakan bertemakan laksa. Jadi saya tidak akan memasak laksa yang sudah biasa orang ramai makan kerana di karnival itu s endiri, sudah tentu mereka boleh mendapatkannya.
"Apa yang saya akan kongsi nanti adalah resepi kari laksa. Saya pasti orang tak tahu bagaimana rupanya. Kalau laksa ada macam-macam kategori dan kari laksa pun begitu juga.
"Saya harap pengunjung akan expect kari laksa saya sebagai sesuatu hidangan yang simple, cepat dan senang dimasak. Yang penting ia akan berasa masam, pedas dan berlemak," katanya kepada portal Suudu.
Tema LILAC pada kali ini adalah 'I Love Laksa' (saya suka laksa) sempena meraikan kepelbagaian jenis laksa serta kelazatan kuih muih tradisional dari serata negeri di Malaysia dan Asia.
Penganjuran kali ke-5 ini juga adalah untuk mempromosikan keistimewaan, keunikan dan keharmonian adat serta budaya melalui acara masakan dan kulinari kepada para pelancong yang hadir.
Antara aktiviti lain yang diadakan termasuklah pertandingan memaksa dan inovasi laksa tradisional, serta pelbagai lagi.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Selasa, 29 Mac 2016
No comments:
Post a Comment