Recent Post

Saturday, March 19, 2016

5000 hadiri Himpunan Solidariti - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

5,000 hadiri Himpunan Solidariti

19/03/2016 10:35am

Sebahagian daripada penyokong yang hadir memberi sokongan pada Najib di Pangkalan TUDM pagi tadi

KUANTAN - Kira-kira 5,000 ahli komponen Barisan Nasional dari seluruh negeri ini membanjiri Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pagi tadi pada Himpunan Solidariti bagi menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rata-rata mereka mengenakan baju berwarna merah dan hadir seawal pukul 8.30 pagi serta melaungkan slogan seperti Hidup Perdana Menteri dan Respect My PM.

Najib yang tiba pada pukul 9.50 pagi dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada hadirin yang menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan kepada beliau.

"Walaupun saya diserang pelbagai pihak namun saya rasa terubat melihat askar-askar (penyokong) saya pada setiap hari dan saya sedar saya bukan keseorangan," katanya.

Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO negeri. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *