Recent Post

Saturday, March 19, 2016

Peserta KE Otai Masih Lemah Dari Segi Teknikal


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Rata-rata peserta KE Otai masih lagi lemah dari segi teknikal dan kawalan vokal. Itulah kesimpulan yang dibuat juri tetap Kilauan Emas Otai, Datuk Ramli MS.

"Mereka kurang menghayati melodi lagu sehingga adakalanya mereka terlupa bait-bait lirik yang ingin dinyanyikan di hadapan penonton.

"Untuk minggu yang kedua ini, persembahan mereka agak teruk dari segi teknikal nyanyian. Tapi saya tak salahkan mereka, lagu yang dinyanyikan itu tidak setara dengan umur mereka.

"Jadi, itulah cabaran yang mereka kena lalui. Apa yang saya boleh cadangkan ialah hafal melodi dan lirik dari segi sudut positif dan negatif.

"Nyanyi ikut kemampuan sendiri dan jangan terlalu nak sama cara nyanyian dengan penyanyi asal. Saya faham tenaga mereka, apa-apa pun mereka punya masa  memperbaiki kelemahan diri untuk meneruskan pertandingan pada minggu depan," kata Ramli MS.

Ditanya adakah beliau berasa kecewa dengan tajap pencapaian kesemua peserta pada minggu kedua ini, Ramli MS menjawab,

Tiada istilah rasa kecewa kerana apa yang berlaku itu adalah kesilapan diri sendiri yang boleh diperbaiki.

"Tak semua pun saya rasa terlau teruk, ada juga peserta menyanyi dengan baik seperti Idris. Dia menyanyi dengan cara dia dan agak terkawal.

"Apa-apa pun, segala komen yang saya berikan kepada peserta boleh dijadikan panduan dan saya harap mereka mampu melakukannya," akhiri Ramli MS.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 18 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *