Recent Post

Saturday, March 19, 2016

Tun M gesa ahli UMNO kemuka usul undi tidak percaya terhadap Najib


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Tun M gesa ahli UMNO kemuka usul undi tidak percaya terhadap Najib Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa ahli-ahli UMNO supaya mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dalam mesyuarat di semua cawangan parti itu. Lantang mengkritik pentadbiran Najib, beliau juga mahu supaya pemilihan UMNO tidak ditangguhkan dan segera dilaksanakan pada tahun ini. "Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. "Kita tidak boleh tunggu PRU14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula," katanya dalam tulisan terbaru beliau di chedet.cc yang bertajuk 'surat kepada ahli-ahli cawangan', hari ini. Walaupun mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO, namun Tun Dr Mahathir berkata beliau masih tetap sayang dengan parti itu kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara. Bagaimanapun katanya, UMNO hari ini tidak lagi berjuang mengikut dasar itu sebaliknya perjuangan itu terhad kepada pengekalan Najib sebagai Perdana Menteri. "Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. "Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan," katanya. Malah Tun M berkata, UMNO akan tetap kalah pada pilihan raya umum akan datang (PRU14) ekoran kepimpinan yang ditonjolkan Najib, melemahkan parti itu. "Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah. "Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. "Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh," katanya. Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO sehingga Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti. Keputusan itu juga telah mewujudkan kerjasama beliau dengan pemimpin-pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan dalam satu 'Deklarasi Rakyat' yang mendesak Najib meletakkan jawatannya. - ismaweb



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *