Recent Post

Saturday, March 19, 2016

Kadar levi baru pekerja asing berkuatkuasa semalam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penstrukturan dan penyelarasan sistem levi baru pekerja asing yang mengekalkan pengklusteran levi kepada dua kategori, berkuat kuasa semalam di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kadar levi baru bagi kategori pertama yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, manakala Kategori Kedua membabitkan sektor perladangan dan pertanian pula sebanyak RM640.

Beliau berkata kadar baru itu melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan.

"Kenaikan kadar levi itu yang berbeza mengikut sektor juga bersesuaian dengan kadar pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan melalui pekerjaan di dalam sektor-sektor ini," kata Alwi dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, kadar levi baharu itu diumumkan berkuat kuasa pada 1 Februari dengan levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM2,500 manakala sektor perladangan dan pertanian pula RM1,500.

Tetapi, pelaksanaannya ditangguhkan setelah tidak menerima sambutan baik daripada pihak industri terutamanya yang berintensifkan buruh.

Susulan itu, Alwi berkata kadar levi itu dikaji semula berikutan maklum balas yang diterima pada perjumpaan Kementerian Dalam Negeri dengan 28 persatuan utama yang mewakili majikan pada 16 Februari lepas, bahawa kenaikan kadar levi itu

terlalu mendadak dan kemungkinan merencatkan momentum perniagaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata kadar levi baru itu diyakini masih kompetitif dan merupakan balasan setimpal kerana pekerja asing turut menikmati kemudahan dan infrastruktur yang disediakan kerajaan.

"Kerajaan berpendapat bahawa ini merupakan kadar yang optimum pada masa ini bagi memastikan perkembangan ekonomi tidak terganggu dan objektif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada industri intensif buruh dapat dicapai.

"Industri juga disarankan untuk mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi,"katanya.

Alwi berkata penangguhan pengambilan pekerja asing baharu juga akan dikekalkan hingga ke masa yang akan ditentukan kelak.

Kerajan juga akan memberikan tumpuan kepada 'Program Rehiring' yang disiarkan mulai 15 Februari lepas hingga 30 Jun ini.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *