Recent Post

Friday, March 11, 2016

Bella Dally Dedah Nazim Othman Lelaki Romantik


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Setelah mengikat tali pertunangan pada 14 November lalu, pelakon Bella Dally dan Nazim Othman masing-masing seperti mengelak untuk mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.

Namun bagi Bella Dally, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak terlalu bercakap mengenai hubungannya.

"Pada saya lebih elok begitu. Lagipun kami baru bertunang, jadi tak perlulah nak heboh sangat.

"Bagi saya hubungan kami sangat special dan saya tak suka terlalu expose. Sebab itu di dalam Instagram pun hanya gambar tertentu sahaja kami letak dan tidak kerap.

"Takut pula orang jemu. Jadi saya lebih suka keep it moderate. Alhamdulilah tempoh bertunang kami dipermudahkan setakat ini," katanya yang ditemui selepas pelancaran Ariani X Creacion BY Siti Nurhaliza di Royale Chulan semalam.

Berkongsi mengenai ciri-ciri yang ada pada Nazim yang membuatkan dia senang dan jatuh hati, Bella mendedahkan Nazim seorang yang romantik.

"Apa yang boleh saya cakap saya sentiasa gembira bersama dia (Nazim). Dia seorang yang jujur dan romatik juga.

"Tapi paling saya suka tentang sikapnya adalah tegas. Saya suka lelaki yang tegas kerana rasa macam kena lead oleh seseorang," ceritanya.

Mengenai perkembangan lain, Bella kini duta tudung Ariani untuk tahun kedua.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 11 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *