Recent Post

Friday, March 11, 2016

Shukri Yahaya Akui Teruja Jadi Bapa, Ambil Berat Tentang Isteri


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebelum ini pelakon Shukri Yahaya telah mengumumkan tentang kehamilan isterinya, Tya Adnan kepada peminatnya. Malah, sejak mengetahui bahawa dia bakal menjadi bapa, Shukri akui dia sangat teruja sehingga mempelajari sedikit sebanyak ilmu keibubapaan.

BACA: TAHNIAH! Tya Adnan Hamil 3 Bulan, Shukri Yahya Kongsi Rasa Teruja Bakal Bergelar Bapa

Menurut Shukri, dia mula membuat rujukan dengan membaca artikel yang terdapat di Internet ketika usia kandungan isterinya mencecah usia 2 minggu.

Shukri Yahaya 1

"Apabila disahkan hamil selepas membuat pemeriksaan di klinik Disember lalu, kami sama-sama membuat persediaan tentang ilmu keibubapaan dengan membaca bahan rujukan di internet mahupun buku panduan."

"Memang teruja sangat-sangat, tetapi pada masa yang sama, apabila membaca permasalahan yang dihadapi ibu hamil, mula timbul kerisauan. Mana nak tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang."

"Apapun, saya berdoa agar Tya dan bakal anak kami sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik saja sepanjang proses kehamilannya sehinggalah bayi dilahirkan."

Shukri Yahaya 2

Apabila ditanya tentang jantina anak yang diingini oleh Shukri dan isteri, bagi Shukri dia ingin memiliki anak sulung lelaki namun dia berserah segalanya kepada Tuhan.

"Paling penting, kedua-duanya sihat dan selamat. Tidak kisahlah bayi lelaki atau perempuan, asalkan proses kelahiran dipermudahkanNya."

Malah, walaupun sibuk dengan kerjaya, Shukri menjelaskan bahawa Tya memahami kerjanya dan jika mempunyai masa yang terluang sudah tentu masa itu digunakan untuk bersama Tya.

Shukri Yahaya 3

"Sejak dia hamil, saya ada bantu dia membuat kerja rumah. Sesibuk mana pun, saya cuba mendampinginya walaupun sekejap. Biasanya lepas habis penggambaran saya akan terus pulang ke rumah."

Apapun, semoga anak yang dikandung itu dalam keadaan yang baik-baik saja.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *