Recent Post

Friday, March 11, 2016

PAS dijangka bergabung dengan PSM, Ikatan, Perkasa... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 11 Mac 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Blok baru pembangkang yang diumumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dipercayai akan menyaksikan parti berjenama Islam itu membentuk gabungan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO berhaluan kanan Perkasa.

Gabungan ini akan membentuk pakatan pembangkang kedua selepas DAP, PKR dan PAN bergabung dalam Pakatan Harapan.

Agendadaily difahamkan walaupun Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan pembabitan partinya dalam gabungan tersebut, tapi 'itu penafian politik'.

Mesyuarat bulanan PAS pada Rabu yang dipengerusikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara dasarnya sudah memberikan 'greenlight' untuk PAS mengetuai gabungan baru tersebut.

PSM yang sebelum ini pro Pakatan Rakyat dilihat semakin menjauhi Pakatan Harapan selepas diketepikan dan mencari rakan baru untuk memperkuatkan parti.

Manakala Ikatan yang tidak mempunyai pengalaman pilihanraya memerlukan ahli dan kader parti PAS bagi mempromosikan agenda parti tersebut.

Selain Perkasa yang merupakan NGO pro Melayu yang dikecam baru-baru ini selepas Presidennya Datuk Ibrahim Ali terlibat dengan majlis Deklarasi Mahathir yang turut dihadiri pemimpin DAP dan PKR.

Pada Khamis, Takiyuddin enggan mendedahkan parti sekutu PAS buat masa ini, ujar Takiyuddin, blok terbaru itu adalah bagi memastikan PAS kekal relevan dalam PRU 14 nanti. "Kerjasama politik antara parti dengan parti untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14, semestinya pembangkang. "Di Malaysia ada lebih 20 parti politik yang berdaftar jadi ada yang kepunyaan satu kelompok dan ada parti kepunyaan satu bangsa, tapi tujuan untuk menghadapi pilihan raya. Sebab itu kita dah umumkan kita adalah blok pembangkang iaitu blok politik ketiga," katanya lagi. Ditanya sama ada parti sekutu itu merupakan salah satu parti dalam PH, ujarnya PAS secara jelas memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) tahun lalu. "Kita dah beritahu dalam perlembangaan, kita boleh kerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai arah tuju politik yang sama dengan PAS... bukan parti dalam Pakatan Harapan. Kami masih Pakatan Rakyat dengan kerjasama dengan PKR. "Kerja sama adalah berkonsepkan muafakat dengan satu parti politik dan bukan Pakatan Harapan, kami adalah pembangkang dan akan ada parti lain yang akan sertai PAS," jelas Takiyuddin.-11/3/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *