Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pada malam Ahad yang lepas, Anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016) telah melabuhkan tirainya untuk tahun ini. Ramai artis tanah air yang hadir dengan fesyen yang tersendiri. Pada malam tersebut, tema AME 2016 tahun ini adalah futuristik.
Yang menjadi tumpuan pada malam AME 2016 tentu pasti fesyen dan juga penampilan selebriti yang hadir. (Gambar) Menarik Fesyen Selebriti Di Malam AME 2016 turut menjadi perhatian netizen.
Namun, jika tersalah penampilan atau fesyen tentu menjadi perhatian pengkritik media sosial. Semalam, laman Instagram Era Fm telah memuat naik gambar OOTD Sherry Ibrahim bersama Fattah Amin.
Gambar tersebut dikecam oleh peminat kerana fesyen rambut Sherry yang agak pelik. Namun, Sherry tidak cepat melatah walaupun netizen bertalu-talu memberi komen yang tidak sepatutnya.
Malah, Sherry turut memberi komen yang menunjukkan beliau tidak kisah dengan pandangan orang ramai. Segala kritikan itu diambil secara positif malah, beliau siap bergurau lagi !
Biasalah kalau dah nama selebriti tentu pasti akan menjadi perhatian orang ramai. Kalau salah bergaya, akan dikutuk, terlebih bergaya pun akan dikutuk. Bukan senang nak jadi artis ni, setiap perlakuan akan dikritik tidak kira positif mahupun negatif.
Apapun, rasanya isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi. Walaupun Sherry dikecam oleh netizen namun Sherry tetap gojes pada malam tersebut.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
No comments:
Post a Comment