Recent Post

Wednesday, March 02, 2016

Apa agenda sebenar WSJ? - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SEJAK setahun lalu, beberapa penerbitan antarabangsa tertentu nampaknya memberi tumpuan luar biasa terhadap Malaysia.

Lazimnya, kita pasti berbangga apabila akhbar seperti The Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) memberi ruang luas bagi liputan berkaitan Malaysia.

Bagaimanapun, ia bergantung sama ada laporan mereka tidak berat sebelah, selari dengan protokol kewartawanan yang diperakui dan bertujuan memberi maklumat kepada pembaca berhubung isu penting buat mereka.

Bagaimanapun, seperti diduga sebahagian besar daripada kita ialah Kempen Anti-Najib menggunakan media barat ini sebagai antara pengisian kempen bermotif politik untuk menjatuhkan Najib, tanpa menghiraukan kesannya terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan dan reputasi antarabangsa.

Ternyata kini, itu adalah keadaan sebenarnya. Sebagai contoh, lihat saja WSJ dan Editor Ekonomi Asia akhbar itu, Tom Wright.

Penghujung Disember tahun lalu, Wright ditanya mengenai laporan berterusan dan agresifnya mengenai 1MDB. Beliau menjawab: "Laporan kami bebas dan perlu ditegaskan, tanpa sebarang agenda".

Benarkah begitu? Jika Wright tidak mempunyai agenda, seharusnya beliau sebagai Editor Ekonomi Asia WSJ menulis mengenai pelbagai topik sepanjang lapan bulan lalu. Asia adalah benua besar dan menaungi beberapa ekonomi besar dunia.

Sebagai Editor Ekonomi Asia, pastinya Wright wajar memberi maklumat terkini berhubung perkembangan perniagaan dan kewangan pelbagai negara buat pembacanya.

Sebagai contoh, Editor Asia Financial Times (FT), David Pilling, banyak menghasilkan artikel mengenai China, Myanmar, ASEAN, India, Jepun dan Singapura serta Malaysia sejak Julai lalu - seperti mana sepatutnya.

Bagaimanapun, Wright memilih untuk tidak menghiraukan apa yang berlaku di Asia sepanjang lapan bulan lalu.

Setiap artikel yang ditulisnya sejak Jun 2015 hingga bulan lalu adalah berkaitan Malaysia - lebih spesifik, mengenai 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tidak pernah sekalipun beliau mengalihkan tumpuan kepada isu lebih besar di benua ini.

Seorang editor akhbar tidak akan membiarkan korespondennya mengabaikan kawasan liputan seperti mana dilakukan Wright.

Bagaimana beliau boleh dibenar meneruskan apa yang kelihatan seperti obsesi itu selama ini?

Tweet yang dimuat naik oleh bekas koresponden WSJ di Kuala Lumpur, Jason Ng, pada 31 Disember lalu memberi petunjuk ke arah itu.

"I think we could all agree 2015 is the year of WSJ v Najib/1MDB. So, who won?" (Saya rasa kita boleh bersetuju bahawa 2015 adalah tahun WSJ menentang Najib/1MDB. Jadi, siapa yang menang?).

Sebuah akhbar bebas yang sah dari negara luar tidak akan mengisytiharkan perang terhadap kerajaan negara lain. Dalam membuat liputan berita, istilah 'yang menang' dan 'yang kalah' tidak wujud.

Apabila istilah 'menang' ditimbulkan, ia jelas membuktikan WSJ bukannya membuat laporan tetapi menyebelahi agenda lawan politik - hakikat mengejutkan bagi sebuah akhbar yang kerap meletakkan kedudukannya sebagai penanda aras terbaik bagi kewartawanan.

Akhbar (dan wartawan) yang bertanggungjawab perlu mendengar pandangan semua pihak, sebelum mengemukakan fakta.

Fakta yang boleh dibuktikan kesahihannya - asas kewartawanan yang nampaknya tidak terpakai bagi Tom Wright dan WSJ seolah-olah langsung tidak mengambil tindakan mengenai perkara itu.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Wright dan WSJ ialah mengitar semula pelbagai dakwaan lama yang sudah dijawab. Sekali lagi, mereka melakukannya tanpa bukti untuk menyokong semua tuduhan liar itu.

Malah, setiap dakwaan Wright dipetik daripada 'pihak yang arif dalam perkara ini', 'pegawai yang tidak dinamakan', 'penyiasat antarabangsa yang tidak dinamakan' dan 'pihak yang mengetahui mengenai siasatan'.

Selain pelbagai dakwaan mengarut yang disiarkan, satu-satunya perkara konsisten dalam siri laporan WSJ itu ialah hakikat tiada langsung individu bernama menjadi sumber 'bukti' yang dikemukakan.

Langkah menggunakan sumber tidak bernama dan mengetepikan fakta diketahui umum jelas bertentangan dengan prinsip asas kewartawanan yang baik.

Justeru, mengapa editor WSJ membenarkannya berlaku?

Kesediaan WSJ menerima setiap tawaran pembangkang untuk memburuk-burukkan keadaan sebenarnya tidak terlalu mengejutkan.

Sejak sekian lama, akhbar itu menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan banyak menyiarkan artikel mengenai rakan Amerika Anwar seperti Al Gore - pemimpin yang menghina Malaysia dalam kunjungannya sebagai Naib Presiden pada tahun 1998 - dan Paul Wolfowitz, neokonservatif yang menjadi antara perancang utama pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Wolfowitz kemudian meletak jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia selepas didapati mengatur kenaikan pangkat wanita simpanannya.

WSJ berhak menyiarkan lidah pengarang menyebelahi Anwar jika ingin berbuat demikian. Bagaimanapun, mereka tidak boleh berpura-pura kononnya tidak mempunyai 'agenda' apabila memperkatakan mengenai Malaysia, atau mempertahankan laporan mereka adalah 'bebas'.

Mereka dengan jelas telah digunakan sebagai sebahagian rancangan Kempen Anti-Najib untuk memperlekeh kerajaan yang dipilih secara demokratik, menerusi siri laporan berat sebelah yang mengheret reputasi WSJ daripada akhbar berpengaruh tetapi kini terjerlus ke lubuk paling dalam.

Malaysia tidak akan lupa.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *