Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) telah melancarkan radio baru, Koolfm yang mensasarkan pasaran pendengar melayu berumur dari 25 tahun hingga 44 tahun menerusi lagu-lagu hits 80an, 90an serta lagu hits terkini.
Ketua Pegawai Esekutif RRMP Seelan Paul berkata dorongan utama untuk membuka stesen Koolfm adalah keboleh pasaran yang tinggi daripada segi pemasaran iklan dan kerjasama dengan penggiat muzik tempatan.
"Target kami dalam masa 2 tahun, ia akan boleh didengari di seluruh negara menerusi frekuensi baru yang perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).
"Ia juga telah menelan belanja hampir 2 juta ringgit dari segi pengisian program dan bajet lain.
"Buat masa sekarang ia hanya boleh didengari di Lembah Klang 101.3FM dan Pulau Pinang 90.2FM.
"Walaupun keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu, tetapi kami yakin Koolfm boleh meningkatkan sumber pendapatan RRMP menerusi strategi yang telah kami rancangkan," kata Seelan kepada portal Murai.
Seelan yang ditemui media di Majlis Pelancaran Koolfm di ibu negara turut ditanya mengenai pemilihan penyampai radio. Adakah ia releven dengan selera pendengar?
Dengan tenang Seelan membalas, penyampai radio yang dipilih berdasarkan uji bakat yang dibuat sebelum pelancaran radio ini.
"Haiza antara penyampai radio yang mengikuti sesi uji bakat dan dia berjaya. Selain Haiza, Liza, Ikhwan, Ag, Farid dan Prof. Dr Muhaya turut mengemudi radio ini dengan cara mereka sendiri.
"Untuk selera pendengar ia masih terlalu awal untuk dihuraikan, tetapi pengalaman mereka dalam bidang penyiaran sangat diperlukan untuk menjayakan Koolfm
"Apa-apa pun, Koolfm berada dilandasan sendiri dan bakal memberi impak positif kepada stesen radio tempatan," akhiri Seelan.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 2 Mac 2016
No comments:
Post a Comment