Recent Post

Wednesday, March 02, 2016

Nazri tak setuju PAS dan Umno bergabung


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz tidak bersetuju sekiranya parti Melayu itu bergabung dengan PAS.

Ia kerana, katanya, kedua-dua parti tersebut merupakan parti politik dan sudah tentu berlaku percanggahan kerusi dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tak setuju sebab PAS adalah parti politik, Umno juga parti politik. Pilihan raya nanti, kita bertanding di atas kerusi yang sama iaitu Parlimen dan negeri. Jadi macam mana nak bagi-bagi kawasan?

"Macam kawasan saya, PAS mesti nak Lubuk Merbau. Kalau saya bagi Lubuk Merbau marahlah orang saya yang selama ni berentap lawan PAS di situ.

"Nak kerjasama lepas pilihan raya itu lain. Tapi nak hadapi pilihan raya saya tak setuju," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini dan FMT.

Sebelum ini Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, sekiranya PAS ingin bergabung untuk kepentingan Islam beliau mempertikaikan siapakah musuh yang dimaksudkan oleh parti Islam itu memandangkan kedua-dua parti terbesar itu ahlinya beragama Islam.

"Saya rakyat Malaysia. Saya seorang manusia yang menghormati kemanusiaan.

"Bila kata PAS dengan Umno kena bersatu untuk kepentingan Islam. Bila anda cakap macam tu, siapa musuh anda ni? Musuh anda bukan Islamlah kan? kenapa kita nak bermusuh? kita semua rakyat Malaysia," katanya.

Jelas Nazri, generasi muda di negara ini menolak perkara tersebut memandangkan negara ini berbilang kaum dan agama.

"Saya ingat orang muda dah tak mahu dah ini. Kita orang Melayu, Cina dan India kita rakyat Malaysia.

"Saya benci kepada perkauman, memang saya tak suka," tambahnya.

Menurut Nazri lagi, orang bukan Islam di negara ini pun merupakan pengundi Umno.

"Orang bukan Islam pun sokong kita juga. Orang bukan Islam tak sokong kita, kita marah, orang Islam tak sokong kita, kita ajak bergabung. Mana boleh macam ni. Tak logiklah," tegasnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *