Recent Post

Tuesday, March 15, 2016

Iqwan Alif Tak Kisah Digelar Cemburu Buta!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi kelahiran bintang realiti Akademi Fantasia 2015, Iqwan Alif tidak kisah digelar Cemburu Buta dalam kalangan penyanyi tempatan.

Bagi dirinya ia sesuatu yang baru dalam hidupnya dan wajar diketengahkan demi karier nyanyian.

Bagaimanapun, Cemburu Buta yang dimaksudkan Iqwan adalah single pertamanya yang baru sahaja dilancarkan hasil ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim.

Iqwan kini berada dalam naungan artis KRU dan akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikatt muzik terbesar tempatan.

Penyanyi yang kini berusia 21 tahun ini berharap kemunculannya bersama single terbaru ini dapat diterima baik oleh semua dan menjadi senjata asas baginya untuk terus kekal berjuang dalam industri seni tanah air negara.

'Cemburu Buta' secara rasminya telah pun dilancarkan dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

 

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 15 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *