Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Aktres Nur Fathia menepis gosip kononnya beliau bakal berkahwin dengan aktor Indonesia Baim Wong seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog hiburan Malaysia pagi tadi.
Fathia menyangkal dakwaan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi dan menganggap berita itu adalah fitnah.
NOT TRUE. Next time tanya dulu please. tak baik sebarkan fitnah.Moga Allah lindungi kite semua dari fitnah.Amin.
Artikel yang dimuat naik oleh blog berkenaan diperolehi daripada penerbitan terkenal Indonesia, Okezone yang telah memetik kata kata Baim Wong bahawa aktor itu akan bernikah dengan wanita pilihan beliau pada tahun hadapan.
Malah, pihak Okezone juga ada memuat naik foto Baim bersama Fathia yang didakwa di berikan sendiri oleh Baim kepada mereka.
Ini bukan kali pertama Baim digosipkan dengan artis Malaysia, sebelum ini beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Elfira Loy meskipun kedua-duanya mengakui hubungan mereka tidak lebih daripada kawan rapat.
Sejak awal lagi kami tahu gosip ini tidak benar, ini kerana Fathia dan Baim sama-sama sedang menjayakan sebuah drama arahan Erma Fatima. Kebetulan foto itu dirakam ketika mereka dan artis lain seperti Remy Ishak, Saharul Ridzwan dan ramai lagi menjalani penggambaran di New York.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment