Recent Post

Tuesday, March 15, 2016

Polis: wartawan Australia tidak didakwa, tapi akan dihantar pulang


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dua wartawan Australia yang ditahan Sabtu lalu kerana didakwa melanggar garisan keselamatan untuk mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak didakwa di mahkamah hari ini tetapi sebaliknya akan dihantar pulang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar, polis telah menerima arahan dari timbalan pendakwa raya bahawa tiada tuduhan akan difailkan terhadap kedua-dua mereka.

"Sebaliknya, mereka akan dihantar pulang mengikut Seksyen 18 (3) (h) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sebelum itu, polis berkata kedua-dua mereka, wartawan Besser dan jurukamera Louie Eroglu, akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana "menghalang tugas penjawat awam".

Sementara itu, ABC melaporkan pagi ini bahawa peguam wartawan ABC itu, Albert Tang, berkata beliau menerima panggilan dari Ng Ahlek, penguasa polis daerah Padawan Malaysia, memintanya membawa anak guamnya ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) supaya mereka boleh didakwa.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Kedua-dua mereka ditahan di hotel mereka dua jam selepas didakwa cuba untuk melepasi garisan keselamatan untuk menyoalkan Najib secara "agresif" semasa lawatan beliau di Kota Sentosa.

Besser, yang bertugas dengan program 'Four Corners' ABC, bertanya Najib mengapa berjuta-juta ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun banknya ketika PM berjalan ke dalam masjid, lapor ABC.

Menurut laporan itu, kedua-dua mereka dikelilingi oleh anggota pasukan keselamatan perdana menteri dan kemudian dibenarkan beredar, sebelum kemudiannya ditangkap dan disoal siasat selama enam jam di balai polis.

Pengarah ABC News Gaven Morris dilaporkan menafikan wartawan tersebut telah cuba menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan tidak melihat sebarang garisan keselamatan.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *