Recent Post

Wednesday, March 30, 2016

Kes Mara Inc.: Tiga individu bebas dengan jaminan SPRM - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kes Mara Inc.: Tiga individu bebas dengan jaminan SPRM

30/03/2016 12:39pm

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Mara Incorporated bergelar Datuk dan seorang pengarah sebuah syarikat yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia dibebaskan hari ini.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Perintah berkenaan diputuskan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman sebentar tadi.

Sebelum ini mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Mac lalu.

Mereka yang ditahan membabitkan bekas pengerusi dan bekas ketua pegawai eksekutif Mara Incorporated serta seorang pengarah sebuah syarikat berumur 42 tahun.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 23 Mac lalu.

Sebelum ini, sayap pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu terlibat dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia 'The Age' yang mendakwa ia membeli bangunan lima tingkat itu dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

Ekoran daripada itu, kedua-dua pegawai itu direhat sementara pada Julai tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kontroversi berkenaan. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *