Recent Post

Wednesday, March 30, 2016

PM umum dasar baru kontrak projek mega


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Perdana menteri mengumumkan dasar baru bahawa sebahagian daripada nilai kontrak projek mega dan ikonik akan dikhaskan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera secara kompetitif.

Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif ini mula diperkenalkan dalam pembinaan MRT di Lembah Klang dan juga Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Kata Najib, perkara ini telah digariskan bawah pelan Program Penyertaan Bumiputera (BPP) yang telah diterangkan secara terperinci kepada anggota Majlis Ekonomi Bumiputera oleh Syarikat Lebuh Raya Borneo Utara selaku rakan penyampaian projek.

"Sehubungan itu, pakej-pakej kontrak bernilai di antara RM5.0 kepada RM8.0 bilion bakal diagihkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dari negeri Sarawak bagi membolehkan lebih banyak penyertaan mereka dalam projek mega tersebut," katanya.

Bawah inisiatif yang sama, umum Najib, UDA Holdings Berhad turut memaklumkan status terkini projek pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu yang kini diberi nama "Bukit Bintang City Centre" (BBCC).

Peruntukan sebanyak 50 peratus atau RM1.6 bilion daripada kontrak pembinaan projek bakal diagihkan kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam rancangan pembangunan dan pembinaan projek tersebut.

Perkara ini dinyatakan dalam kenyataan media selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang disiarkan kembali dalam blog beliau.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *