Recent Post

Sunday, March 27, 2016

Konsert Ulangtahun ke-20 Sheila On 7 di StarXpo Hall Malam Ini


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pada malam ini 27 Mac 2016 (Ahad), bertempat di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur akan berlangsungnya, Sheila On 7 20th Anniversary Live Concert in Malaysia 2016 dan Budiey.com turut dijemput untuk menonton persembahan ini.

Pada sekitar tahun 1996, sekumpulan anak muda berkumpul di perkampungan mereka di Yogjakarta atas nama muzik. Terdiri dari Akhiyat Duta Modjo (Duta), Eross Candra (Eross), Anton Widiastanto (Anton), Adam Subarkah (Adam) dan Saktia Ari Seno (Sakti) (ketika itu) mereka bergerak menjadikan muzik atas landasan hobi kepada pekerjaan. Mereka berdiri atas nama Sheila On 7.

"Hampir tiga tahun kami tidak ke Malaysia. Kami sudah tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia.

"Kami akan bawakan seleksi lagu popular daripada album pertama sehingga album terbaharu. Walaupun muncul pada tahun 2014, kami masih belum mempunyai kesempatan untuk mempromosikan album terbaharu kami di Malaysia.

"Jadi kami melihat peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia sebagai salah satu medium kami untuk mempromosikan album Musim Yang Baik kepada penggemar Sheila On 7 di sini

Kali terakhir muncul dengan album yang berjudul Musim Yang Baik pada Disember 2014, Sheila On 7 mahu menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan album terbaharu mereka di Malaysia.

20 tahun lalu peristiwa itu berlaku dan momen demi momen tercipta. Kini manis dan pahitnya berkumpul atas nama Sheila On 7 tadi diteruskan oleh Duta, Eross, Adam dan Brian. Mereka pernah melalui masa puncak. Berjalan atas nama populariti yang cukup gah dan juga atas nama penjualan album yang berjaya mencapai penjualan berjuta unit.

Anak-anak band ini juga pernah melalui masa penjualan album terlaris di Indonesia lewat lagu-lagu yang kini dianggap klasik seperti Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi.

Mereka juga tidak terlepas melalui masa suram dengan ditandai dengan penurunan jualan album, masalah dalaman grup, keluar masuk anggota band dan pengurus serta berkurangnya kekerapan persembahan pentas.

Namun itu semua tidak memudarkan semangat lelaki-lelaki yang darah mereka mengalir dengan nota muzik dan nafas mereka naik turun dengan semangat anak band. Mereka muncul dengan album Musim Yang Baik pada tahun 2014 dan single Berlapang Dada menaikkan semula nama grup ini di pendengaran dan ingatan khalayak.

Dalam sejarah muzik Indonesia, grup ini dinamakan sebagai satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal sebanyak lebih dari satu juta unit, tiga album berturut-turut.

Sejurus sahaja menawan hati khalayak dengan album perdana mereka yang bertajuk Sheila On 7 (1999), grup yang awalnya menamakan diri mereka sebagai W.H.Y Gank ini meledak dengan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki (2000) dan 07 Des (2002). Bukan hanya di tanah air sendiri, malah turut dikenali di Malaysia, Singapura serta Brunei.

Antara anugerah yang mereka perolehi sebagai tanda kejayaan mereka ialah Double Platinum Award (album pertama), Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) melalui lagu Dan, Produser Terbaik AMI 99, Album Paling Berkilau, Album Terbaik Sheila On 7, Song of The Year MTV Ampuh, 7 Platinum and Special Achievement Award 2000, Most Favorite Band 2001, Ten Times Platinum 2001 dan Most Favorite Band MTV Indonesia.

Terbaru mereka memenangi anugerah 150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Zaman 2009, Best band of The Year NET 2.0 Indonesian Choice Award, Best Album of The Year dan Best Song of The Year di Indonesian Choice Award.

Sudah menjadi sebuah kisah klasik akan kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan SheilaGank. Kerinduan ini seharusnya dipersembahkan dengan kemunculan grup ini ke Malaysia.

Lalu melalui konsert sempena 20 tahun kehadiran Sheila On 7 ini bakal membentuk sebuah lagi momen antara pemuzik-pemuzik hebat dan penyokong setia mereka. Konsert atas nama Teman, Sahabat & Cintaku ini bakal melakarkan sebuah lagi kenangan klasik dan anugerah terindah yang pernah dimiliki Sheila Gank.

Malah pihak kami juga melihat grup SO7 sebagai salah sebuah kumpulan yang dapat mendidik masyarakat iaitu golongan muda khususnya untuk menghargai muzik. Pemilihan grup ini dibuat berdasarkan attitude yang baik, penampilan yang kemas dan yang lebih penting lagi melalui lagu-lagu mereka yang mempunyai mesej yang baik".

Sempena konsert 20 tahun Sheila On7(SO7) di Malaysia pada 27 Mac 2016 nanti, tiket-tiket kini boleh didapati di cawangan Rock Corner dan Victoria Music di Sungei Wang, Amcorp Mall, Tropicana Mall, The Curve, Midvalley dan Subang Parade dengan harga RM75, RM110, RM150 dan RM190 juga boleh didapati menerusi talian sesawang www.ilassotickets.com mulai 15 Januari 2016.

Manakala untuk pelajar-pelajar pula akan mendapat potongan harga sebanyak 10% melalui belian secara terus di cawangan-cawangan yang telah ditetapkan dengan menunjukan kad pelajar sahaja, ujar Aida.

Apa yang menarik nanti bukan sahaja kehebatan SO7 malah penonton semua akan dihiburkan dengan aksi persembahan menarik dari NOH SALLEH & RESTOE IBU BAND, selaku artis undangan bagi pembuka tirai konsert tersebut.

Pemilihan NOH SALLEH & RESTOE IBU BAND dilihat mampu memberi impak yang baik buat penonton semua, apatah lagi ini merupakan persembahan sulung mereka dalam skala yang besar, dan sememangnya terdiri dari pemuzik-pemuzik handalan.

Mawlaya Network Sdn Bhd selaku penganjur konsert tersebut berharap konsert tersebut bakal mengubat rindu peminat-peminat SO7 dan menjadi kenangan terindah buat semua. Manakala Mewah Event Management bertindak selaku pengurusan publisiti bagi konsert tersebut.

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *