Recent Post

Tuesday, March 08, 2016

Malaysia terus berharap rungkai misteri kehilangan... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 08 Mac 2016 Walaupun sudah dua tahun pesawat MH370 hilang tanpa dapat dikesan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Malaysia komited untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malang tersebut. Ujarnya, usaha yang digembleng bersama Australia dan China diharapkan mampu menemukan pesawat tersebut di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. "Pencarian dilakukan di kawasan perairan yang dikategorikan paling ganas di dunia dengan mempunyai kedalaman hingga enam kilometer termasuk di banjaran gunung dalam laut dan arus terpantas di dunia. "Sekiranya tiada sebarang penemuan, Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan langkah seterusnya," katanya dalam kenyataan sempena dua tahun kehilangan MH370 di sini, pagi ini. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, semua pihak bersedih dengan kehilangan 239 mangsa termasuk 50 rakyat Malaysia. "Penemuan serpihan di Pulau Reunion, Julai lalu, memberi bukti seterusnya sebagaimana pengumu man saya pada 24 Mac lalu, bahawa pesawat terbabit berakhir di lautan itu. "Biarpun begitu, kesedihan keluarga mangsa tidak dapat diredakan dan ditenangkan sama ada melalui peredaran masa dan bukti yang ada. "Bagaimanapun, kehilangan pesawat MH370 tanpa sebarang kesan dan bukti menjadikan pencarian sesuatu yang sangat mencabar dalam sejarah penerbangan," katanya. Najib berkata, pihaknya turut berterima kasih dengan pasukan pencari yang bersungguh-sungguh menjalankan usaha mencari dan menjangka ia dapat diselesaikan hujung tahun ini.-8/3/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *