Recent Post

Tuesday, March 08, 2016

Saya Menang Bukan Sebab Pengaruh Bapa- Luahan Fareez Juara Mentor Milenia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

TAHNIAH! Fareez Bergelar Juara Mentor Milenia| Siapa sangka dalam usia 18 tahun, Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan protege kepada mentor Hazama telah berjaya menempah nama dalam industri seni ini apabila dia telah dinobatkan sebagai juara Mentor Milenia.

Anak kedua kepada pelakon Fauzi Nawawi ini mengakui bahawa dia menang disebabkan bakatnya bukan kerana pengaruh dari bapanya yang juga pelakon terkenal.

Fareez Cover

Walaupun dia merupakan anak selebriti, Fareez menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan mana-mana pihak sebagai lonjakkan untuk menjuarai program realiti Mentor Milenia ini.

"Kalau suara saya tak bagus dan tiada bakat saya tetap tidak akan sampai tahap ini walaupun saya anak selebriti.

"Ketika memasuk pertandingan ini saya seperti orang awam lain yang menunggu giliran dan mentor saya Hazama tidak tahu pun saya ini anak Fauzi Nawawi ketika membuat pilihan protoge," ujarnya kepada mStar Online.

Fareez 6

Bagi Fareez, dia tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya kerana pesaingnya bukan calang-calang orang. Malah, dia mengakui bahawa dia menyasarkan tempat kedua sahaja.

"Kemenangan ini seperti mimpi dan saya masih tidak menyangka dipilih menjuarainya. Saya dengan mentor hanya sasarkan untuk dapat tempat kedua sahaja.

"Kedua-dua pesaing saya iaitu Qody dan Wanie juga mempunyai suara yang hebat dan sering memenangi program mingguan. Namun saya bersyukur dna berterima kasih kepada keluarga dan penyokong saya," ujarnya.

Malah, beliau juga berhasrat untuk menggunakan wang kemenangan itu untuk membawa keluarga ke Mekah sempana hari jadinya pada 6 Mei nanti.

Fareez 7

Mengulas tentang kemenangan Fareez, komposer terkenal Azmeer yang merupakan juri profesional pada malam tersebut mengakui Fareez mempunyai suara yang unik malah pemilihan lagu yang dibuat juga sesuai dengan keunikkan suaranya itu.

"Saya puji Hazama kerana bijak memilih lagu yang sesuai dengan suara Fareez sehingga dia kurang kedengaran sumbang berbanding peserta lain.

"Selain itu tone suara Fareez juga berbeza dan jarang kita dengar pada penyanyi-penyanyi yang ada dalam pasaran industri. Dia boleh pergi jauh lagi jika mendapat lagu-lagu yang sesuai dengan suaranya."

Tambah Azmeer, Fareez mendapat undian tertinggi berbanding peserta yang menduduki tempat kedua iaitu Qody.

Fareez 1

Apapun, sudah tertulis rezeki Fareez untuk bergelar juara dan dia berjaya membawa pulang trofi dan wang sejumlah RM100 ribu.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Adik Neelofa Buat Hal Lagi, Dikritik Pakai Baju Jarang!
  • TAHNIAH! Misha Omar Sedang Hamil Anak Pertama
  • Amy Mastura Tidak Halang Anak Ceburi Bidang Seni



  • Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *