Recent Post

Saturday, March 26, 2016

Pengawal peribadi ahli perniagaan parah ditembak


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa dan ahli perniagaan itu dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal yang dijalankan polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek, kata jurucakap itu.

Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

Tinjauan Bernama di Hospital Putrajaya malam tadi mendapati mangsa sedang dirawat di zon kritikal dan dikawal rapi oleh polis.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *