Recent Post

Saturday, March 26, 2016

Zamani Semakin Bertenaga Untuk Konsert Kurnia Slam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kumpulan Slam yang sangat dikenali dengan lagu-lagu balada rock kini muncul kembali dengan Konsert Kurnia Slam pada 14 Mei  depan di StarXpo Centre, Kenanga Whole City (KWC).

Kelihatan Zamani begitu bersemangat dan tidak sabar untuk beraksi di hapadan penat setelah hampir 20 tahun tidak menganjurkan konsert yang berskala besar.

"Alhamdulilah segala penantian yang dinantikan oleh peminat kami telah pun berjaya kami tunaikan. Ini adalah hadiah buat anda kerana tidak henti-henti menyokong kami dari dulu hingga sekarang.

"Sebelum ini Slam ada buat persembahan tetapi dalam bentuk showcase dan jemputan mana-mana pihak korporat yang ingin kami menyanyi.

"Tetapi untuk Konsert Kurnia Slam, ia menjanjikan yang terbaik. Lagu-lagu hits kami bakal kami dendangkan semula buat anda yang korang rindu nak dengar," seloroh Zamani yang ditemui media di Majlis Sidang Media Konsert Kurnia Slam di Talent Lounge Damansara.

Dalam pada itu, kumpulan Slam turut ditanya setelah 20 tahun tidak beraksi apakah kelainan yang cuba ditampilkan untuk konsert kali ini.

Shah selaku gitaris menjawab, kelainan yang akan ditampilkan ialah penyanyi-penyanyi muda dijemput untuk menyanyikan lagu Slam mengikut kreativiti mereka.

"Penyanyi muda tu masih kami simpan dulu dan belum diputuskan untuk memberitahunya sekarang. Mungkin diumumkan atau pun tak, yang penting persembahan kami dapat berjalan lancar nanti.

"Pada malam itu nanti, hampir 20 buah lagu bakal dinyanyikan menerusi 3 segmen yang telah dirancangkan buat ketika ini.

"Saya berharap sangat, dewan yang mampu memuatkan 7,000 orang ini dipenuhi oleh semua peminat Slam yang kami sayang," ujar Shah.

Tiket akan mula dijual pada hari 30 Mac dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu RM88 (Biasa), RM158 (Silver), RM198 (Gold) dan RM399 (VVIP).

 Pembeli tiket VVIP berpeluang beramah-mesra dengan Slam selepas konsert berakhir. Tiket boleh dibeli dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my ataupun dengan menghubungi talian 03-78807999

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 26 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *