Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Majlis resepsi perkahwinan Atita Haris dan Deejay Nas T berlangsung meriah Ahad lepas. Atita telah mengenakan busana berwarna putih rekaan Wajie Ibrahim yang mengikut bentuk badan. Ada yang berpendapat pakaian tersebut menampakkan perut Atita seolah-olah buncit seperti wanita sedang hamil.Sehubungan itu ada yang mendakwa Atita telah mengandung dan ada juga yang bertanyakan soal itu kepada Atita di akaun Instagram miliknya.
Tidak melenting dengan pertanyaan mahupun tuduhan itu, Atita mendakwa perutnya hanya buncit dan akan kempis selepas membuang air besar.
Keselambaan Atita ini mengingatkan kami kepada respon Izara Aishah tentang pertanyaan di Twitter sama ada dia mengandung disebabkan perutnya kelihatan buncit semasa menghadiri Anugerah MeleTOP ERA 2016.
Iyalah, perut buncit selepas makan atau makan banyak memang sesuatu yang normal. Tidak semua wanita yang berperut buncit itu sedang mengandung, bukan? Justeru perlu berhati-hati membuat kenyataan berkenaan selebriti kerana apa yang disampaikan mungkin satu fitnah. Diharap lebih ramai selebriti bersikap selamba seperti Atita dan Izara Aishah selepas ini.
Giliran Randai tawan IB! Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25, 26 dan 27…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 24 February 2016
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment