Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Remy Ishak yang baru-baru ini selesai menunaikan umrah bersama ibunya, merasa seronok walaupun dia terpaksa menolak sebarang tawaran kerja ketika diberi peluang ini kerana perkara tersebut telah lama dihajatkan di hati.
"Alhamdulillah, saya rasa seronok. Saya nak cakap pasal benda ni pun susah jugak sebab saya rasa kalau orang nak tau perasaan dia, kena pergi kat sana sebab dia adalah satu tempat yang sangat tenang yang membawa kita lebih mengenali agama Islam.
Remy yang enggan berkongsi hajat apa yang didoakan di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah bersama ibunya baru-baru ini, dalam masa yang sama turut menjelaskan apa yang dilalui di sana adalah sangat istimewa dan sukar untuk didapatkan di tempat lain.
"Saya rasa kat sana dia buat kita lebih dekat mengenang dosa-dosa kita yang telah kita lakukan dalam nak mencari kebaikanlah, untuk hari yang kemudian," ujar Remy dipetik sebagai berkata.
Selain itu, ditanya mengenai jodoh, katanya dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment