Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
09/03/2016 12:13pm
Brazil memberi jaminan risiko pelancong dijangkiti Zika ketika melawat negara itu rendah.
KUALA LUMPUR - Dengan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung wabak Zika di Brazil, kedutaan negara Amerika Latin itu di Malaysia berkata. keselamatan atlet yang mengambil bahagian dalam sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 adalah terjamin.
Menteri Penasihat Kedutaan Brazil, Daniel Falcon Lins berkata, kemungkinan bagi seseorang melawat Brazil dijangkiti Zika virus adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain yang dijangkiti virus disebarkan nyamuk Aedes.
"Saya berani mengatakan kemungkinan seseorang yang melawat Brazil untuk mengambil bahagian atau menonton Sukan Olimpik dijangkiti Zika adalah jauh lebih kecil berbanding dengan banyak negara-negara yang terjejas dengan wabak itu.
"Kami akan berusaha untuk mengelak kes-kes itu. Tidak ada negara yang mengambil begitu banyak langkah berjaga-jaga untuk membanteras nyamuk seperti Brazil.
"Memandangkan usaha membuat vaksin masih di peringkat awal, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah untuk melawan nyamuk, pembawa virus. Kerajaan Brazil telah mengambil langkah-langkah berterusan untuk menghentikan pembiakan termasuk usaha tambahan di bandar sukan Rio di mana pegawai-pegawai diletakkan di kawasan perumahan untuk memerangi virus itu," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.
Beliau juga menyatakan acara Sukan Olimpik dan Paralimpik akan diadakan semasa musim sejuk di negara ini pada Ogos dan September, di mana suhu akan jauh lebih rendah yang mengurangkan pembiakan populasi nyamuk.
Mengulas lanjut, Lins berkata, kira-kira 220,000 anggota tentera dan 300,000 kakitangan jabatan kesihatan dan juga sukarelawan di seluruh negara berganding bahu untuk memerangi kawasan pembiakan vektor yang membawa maut di negara seluas 3.288 juta batu persegi itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment