Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebelum ini pihak Siakap Keli ada menyiarkan seorang pegawai bomba meluahkan rasa berharap dapat bertemu dengan bayi berusia 18 bulan, Nur Hamidah yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower suatu ketika dahulu.
Selepas itu daripada likers, memberi maklumat bahawa seorang pengguna Facebook dari Indonesia mungkin gadis tersebut berdasarkan segala maklumat yang terdapat pada Facebook beliau sangat tepat dengan butiran-butiran siasatan yang dibuat terhadap bayi tersebut semasa kejadian.
Baca: Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini?
Perkara ini juga telah diteri ma oleh pihak bomba setelah orang ramai menghantar maklumat tersebut. Bagaimanapun dengan segala butiran yang tepat itu masih menjadi tanda tanya kerana Nur Hamidah yang kini berada di Indonesia tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.
Terkini, di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia telah mengesahkan bahawa Nur Hamidah telah berjaya dihubungi dan sememangnya beliau adalah insan yang dicari oleh pegawai bomba, Norizan, 46 yang mana telah menyelamatkannya ketika kejadian tersebut. Pihak Siakap Keli tidak lupa mengucapkan kepada Mohd Haizal yang mana beliau adalah penyumbang maklumat awal berkenaan Nur Hamidah. — Siakapkeli.my
Berikut adalah petikan dari Facebook Jabatan Bomba:
Alhamdulillah..... Nur Hamidah seperti didalam gambar yg T n Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu sekarang ni tinggal di Indonesia, beliau bekerja sebagai Jururawat/Bidan di Puskesmas, sekarang telah berumur 23tahun (sama usia dgn masa tragedi).Salah seorang dari Pegawai Kanan Bomba (Tn Taufiq) telah berjaya menghubungi Ayah Nur Hamidah. Semoga dapat diketemukan nanti Penyelamat dan Insan yang diselamatkan.Berkongsi bersama info (screen capture) dari Fb Nur Hamidah.
No comments:
Post a Comment