Recent Post

Monday, March 14, 2016

Selangor Optimis Jadi Penyumbang Utama KDNK Negara Pada 2015 - Bernama


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Berita Tengah

Selangor Optimis Jadi Penyumbang Utama KDNK Negara Pada 2015

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Selangor optimis dapat menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5 peratus pada 2015, kata unit pelaburannya, Invest Selangor Bhd (sebelum ini dikenali Pusat Pelaburan Negeri Selangor atau SSIC).

Menurut Laporan KDNK Negeri 2010-2014 Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor mendahului negeri lain dari segi sumbangan iaitu 22.4 peratus diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (15.1 peratus), Sarawak (10.1 peratus), Johor (9.3 peratus) dan Sabah (6.5 peratus).

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd, Hasan Azhari Idris berkata biarpun angka terkini bagi 2015 belum diumumkan Jabatan Perangkaan, namun pihaknya yakin jumlah sumbangan itu lebih tinggi.

"Berdasarkan keadaan (ekonomi) semasa, sektor perkhidmatan Selangor masih memberi sumbangan besar kepada KDNK," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Menurutnya, segmen pembuatan menyumbang sejumlah 59 pe ratus kepada sektor perkhidmatan Selangor manakala 30 peratus disumbangkan oleh sektor pembuatan berkenaan.

Laporan Jabatan Perangkaan bagi tempoh 2010-2014 menunjukkan Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah penyumbang terbesar bagi sektor perkhidmatan di Malaysia iaitu jumlah gabungan sebanyak 49.9 peratus.

Bagi sektor pembuatan pula, Selangor menyumbang sebanyak 28.8 peratus diikuti Pulau Pinang (12.5 peratus), Johor (12.4 peratus) dan Sarawak (12.0 peratus).

Hasan Azhari berkata, Invest Selangor selama ini memberi tumpuan kepada sektor pembuatan kerana mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

"Bagi prospek masa depan, tumpuan terhadap sektor pembuatan akan tetap ada, namun pada masa sama kita turut menyasarkan industri berteknologi tinggi yang memberi lebih banyak aktiviti ekonomi nilai tambah serta pekerjaan bergaji besar," katanya.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada suku akhir 2015, menjadikan KDNK tahun penuh kepada 5.0 peratus be rbanding 6.0 peratus pada 2014.

Malaysia juga mencatat pertumbuhan KDNK 5.6 peratus pada suku pertama 2015 sebelum menyederhana kepada 4.9 peratus pada suku kedua dan seterusnya 4.7 peratus pada suku ketiga.

Menurut Bank Negara Malaysia, biarpun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada suku keempat 2015, sektor swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Bagi tempoh antara 2000 hingga 2014, Selangor di bawah SSIC mencatat jumlah pelaburan modal sebanyak RM170.2 bilion, merangkumi pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM82.1 bilion manakala pelaburan langsung domestik RM88.1 bilion bagi tempoh 1987-2014.

Menurut Hasan Azhari, bagi 2015, Selangor meraih pelaburan sebanyak RM7.9 bilion iaitu lebih tinggi berbanding RM7 bilion pada tahun sebelumnya.

"Selangor di kedudukan ketiga di Malaysia dari segi jumlah pelaburan modal yang diterima untuk sektor pembuatan (RM7.9 bilion), namun dari segi bilangan projek yang diluluskan, kita di tempat pert ama dengan 222 projek diikuti Johor kira-kira 130 projek," katanya.

Mengulas sasaran pelaburan Selangor bagi tahun 2016, Hasan Azhari menjangkakan angkanya lebih rendah iaitu kira-kira 20 peratus berikutan cabaran ekonomi global dan negara yang turut disokong unjuran global dan Malaysia.

"Jika anda merujuk aliran (ekonomi) oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, FDI global bagi tahun ini akan berkurangan sedikit daripada tahun lepas dan ini adalah sasaran yang realistik," katanya.

-- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *