Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebelum ini heboh apabila dikatakan pelakon popular, Sharnaaz Ahmad telah putus cinta dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila. Perkara ini dikesan oleh peminat apabila gambar mereka berdua sudah tiada lagi di laman Instagram masing-masing.
BACA: Semakin SWEET Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila
Namun, Sharnaaz mendedahkan bahawa mereka masih lagi bercinta dan sangat mengharapkan hubungan mereka ke jinjang pelamin kerana usia Sharnaaz kini hampir memasuki 30an.
"Biasalah, waktu itu kami sedang 'bergaduh manja' sampai merajuk dan sentap. Maka keluarlah segala emosi ala muzik 'heavy metal'. Biasalah juga kalau bergaduh macam itu, sampai 'unfollow' laman sosial masing-masing."
"Bagaimanapun sejujurnya saya seronok di sisinya. Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Ia memang kedengaran agak klise. Cuma, dalam soal ke arah itu (perkahwinan), biarlah ia terjadi tanpa tekanan sesiapa."
Mereka yang berkenalan pada bulan Julai tahun lepas masih lagi menyemai kasih antara satu sama lain walaupun kini jarang lihat perkembangan terbaru tentang mereka di laman sosial. Tambah pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini mengakui bahawa Nabila menjadi penyokong setia dalam setiap perkara yang dilakukannya.
"Dia memang banyak menyokong saya daripada aspek mental. Saya ini lelaki, kalau tiada perempuan yang memberikan semangat, terasa macam tidak lengkap."
"Dia pun jenis yang 'sempoi' dan bukan wanita yang membuatkan kepala saya berserabut. Kami juga sebaya. Malah, tahap pemikiran juga hampir sama selain masing-masing berzodiak Virgo."
Malah, Sharnaaz mendedahkan Nabila merupakan tulang belakang perniagaan Neelofa sehingga perniagaannya kini berkembang maju di Malaysia.
"Dialah pembuat keputusan dan mengambil tahu semua perkara termasuk soal rekaan, promosi dan macam-macam lagi. Malah, saya perhatikan, tahap kebijaksanaannya cukup mengujakan saya. Dia memang jenis yang berorientasikan perniagaan seperti keluarganya juga," katanya.
Apapun, admin mendoakan supaya Sharnaaz dan Nabila kekal ke jinjang pelamin.
No comments:
Post a Comment