Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tengah hari tadi, pihak tudung Fareeda telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan isu panas dimana pelanggan mereka bersesak untuk mendapatkan koleksi terbaru mereka sekitar minggu lepas.
Namun, menurut Fizo selaku Pengurus Pemasaran Fareeda mereka tidak pernah melakukan hal tersebut dan ia sebenarnya ejen tudung Fareeda yang mengupah orang lain untuk merebut lebih banyak tudung.
Fareeda tidak pernah membayar sesiapa untuk menjadikan acara pelancaran koleksi baharu kami luar biasa. Pembeli dan ejen kami mengupah orang supaya mereka boleh mendapatkan jumlah tudung dipesan pelanggan selain adanya individu persendirian yang beratur untuk mendapatkan nombor dan kemudian menjualnya semula.
Kami memuat naik video pun sekadar mahu berkongsi kejayaan perniagaan Fareeda dengan peminat dan pelanggan, bukan untuk riak.
Fizo juga memberitahu pihak Fareeda ada meminta khidmat Rela serta pasukan keselamatan sendiri tetapi keadaan menjadi tidak terkawal kerana sambutan oleh orang ramai diluar jangkaan mereka.
Menjawab soalan mengapa admin fanpage Fareeda Nyata Jelita yang menjawab soalan orang ramai secara kasar, Fizo menjelaskan ia dikatakan tidak dapat dielak berikutan ulasan dilemparkan sesetengah pihak juga keterlaluan.Pada masa yang sama, beliau sempat meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang mudah menunding jari serta mengecam mereka meskipun tidak berada di tempat kejadian.
Berkaitan hal bersesak ini kami tidak mahu komen, apa-apa pun sebagai satu perniagaan yang sudah ada nama yang besar, kasar macam mana pun komen yang diberikan di Facebook, seboleh-bolehnya cuba untuk menjawab dengan cara yang lebih elok. Harapnya selepas ini isu sebegini tidak berlaku lagi dan pihak Fareeda ada ruang untuk memperbaiki kesilapan mereka.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment