Recent Post

Monday, April 11, 2016

Shahidan: Tangkap warga asing menunggang tanpa lesen


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis digesa menangkap pendatang asing yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal di negara ini tanpa lesen memandu sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata warganegara asing seperti Bangladesh dan Pakistan antara yang paling ramai dikesan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

"Saya kecewa dengan situasi kerana boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen.

"Pasport yang digunakan mereka pula adalah bertujuan untuk pelancongan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup olahraga peringkat kebangsaan di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar semalam.

Shahidan berkata kebanyakan warga asing berkenaan dikenal pasti menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk menjual aiskrim dan karpet.

Justeru katanya, penangkapan warga asing yang tidak mempunyai lesen dilihat mampu menangkis persepsi masyarakat yang kononnya warga asing bebas menunggang motosikal tanpa lesen, tetapi warganegara sendiri (pelajar sekolah) ditangkap.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *