Recent Post

Friday, April 08, 2016

Info lebih padat - Harian Metro


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Berita dan trend terkini dalam dunia automotif akan senang diperolehi dengan terbitan majalah online interaktif terbaru The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) iaitu Speed & Wheels (S&W).

Menjanjikan kepuasan dan kelainan buat pembaca, S&W akan memaparkan ulasan acara, maklumat terkini, tips, huraian, komen sesebuah produk, panduan dan nasihat mengenai kenderaan berkaitan.

Malah, lebih daripada 80 peratus kandungannya merangkumi topik kereta dan selebihnya menyentuh topik berkenaan pengangkutan seperti basikal, motosikal, kenderaan 4x4, lori dan kapal terbang.

Kandungan hebatnya boleh dilayari menggunakan peranti tablet dan telefon pintar pada bila-bila masa secara online atau offline apabila pengguna memuat turun aplikasinya ke gajet menerusi Google Play dan App Store dengan percuma bermula April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, majalah itu sesuai dengan peminat automotif yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka mengenai bidang pemotoran.

"Segala informasi pada masa ini boleh didapati dengan hanya satu sentuhan. Ramai orang memperoleh cerita dan fakta melalui peranti gajet mereka dan tidak lama lagi melalui peranti boleh pakai.

"Di NSTP, kandungan berita yang diterbitkan sentiasa dipastikan boleh diakses melalui pelbagai platform," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Mohammad Azlan, penerbitan S&W adalah satu daripada inisiatif digital syarikat yang berterusan bagi menyediakan akses lebih luas untuk mendapatkan berita dan kandungan yang dilengkapi dengan grafik interaktif, video serta artikel berkaitan automotif.

"Untuk berkembang maju dalam industri media, kita perlu memandu kedua-dua inovasi dan kecekapan, menggunakan pendekatan baru dalam menyediakan kandungan, operasi, teknologi dan kewangan," katanya.

S&W akan menawarkan kandungan interaktif dan inovatif dalam bentuk video, gambar dan artikel untuk membangkitkan minat pembaca.

Dibahagikan kepada lima segmen dan merangkumi 17 subtopik dengan sekurang-kurangnya 25 muka surat, segmen pertama akan menyediakan kandungan mengenai ulasan ujian memandu, tips dan nasihat mengenai kereta dan motosikal.

Bagi Masterpiece, segmen ini memberi tumpuan kepada pengubahsuaian, pemulihan dan sejarah automotif di Malaysia.

Segmen Carmonity memaparkan ulasan acara, kelab dan tempat bersantai manakala segmen Pit Stop memberi fokus terhadap ulasan produk, iklan dan wanita.

Segmen Ready Go pula mengandungi peraduan, ulasan mengenai kereta-kereta yang digunakan dalam filem-filem terpilih, termasuk kandungan video-video lucu dan artikel daripada kolumnis.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *