Recent Post

Friday, April 08, 2016

MP: Desas-desus tukar MB hanya mahu tarik perhatian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang ahli Parimen Umno mendakwa desas-desus mengenai penukaran menteri besar Johor seperti yang dakwaan Shukur Mohamad - anak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz - hanya untuk menarik perhatian media serta mengejar 'glamor'.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap ketika diminta mengulas desas-desus Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"(Tindakan Shukur) lebih kepada nak mendapatkan perhatian media, glamor," tegas Anuar kepada Malaysiakini.

Anuar menegaskan tidak ada keperluan untuk melayan desas-desus tersebut kerana ia hanya buang masa.

Sebaliknya, Anuar berkata adalah lebih baik tumpuan kini dibuat bagi memperkukuhkan parti itu.

"Tak perlu layan dan jangan buang masa untuk ulas perkara itu. Kita sepatutnya bagi tumpuan memperkukuh Umno Johor," katanya.

Kelmarin, dalam satu coretan di Facebook, Shukur mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Khaled sebagai menteri besar.

Shukor dilaporkan turut mendakwa gerakan itu diketuai seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pergerakan Wanita Umno Johor menolak sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan adanya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata seluruh kepimpinan Wanita Umno Johor berdiri teguh

di belakang kepimpinan menteri besar.

Menurutnya, Mohamed Khaled bukan sahaja dilihat sebagai menteri besar yang berjaya membawa perubahan dan kemajuan dalam pentadbiran tetapi juga kepada pengurusan kerajaan negeri yang merangkumi pelbagai aspek untuk kepentingan rakyat dan bangsa Johor.

"Menteri Besar Johor juga telah berjaya membawa perpaduan dan permuafakatan di kalangan pimpinan Umno pelbagai lapisan dan peringkat. (Jadi) tidak perlulah kita melayan isu-isu yang boleh melemahkan jentera dan parti.

"Saya menyeru seluruh ahli Wanita Umno pelbagai peringkat terus bekerja keras membantu Menteri Besar Johor dalam menangani permasalahan dan menjaga kebajikan rakyat seterusnya memastikan pengukuhan parti dipertahankan demi mencapai kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-14," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Sharifah Azizah berkata Johor dengan cara dan acuan tersendiri pastinya memerlukan lebih banyak sentuhan ajaib daripada Menteri Besar Johor bagi melakar kejayaan bangsa Johor kini dan masa hadapan.

"Rekod cemerlang ditunjukkan Mohamed Khaled selama ini menjadikan tiada sebab untuk beliau digantikan dengan orang lain. Wanita UMNO berharap rakyat menolak dengan sekeras-kerasnya adu domba yang cuba dikaitkan di antara Mohamed Khaled dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," kata beliau.

Wanita Umno Johor yakin jalinan persahabatan dan keakraban Mohamed Khaled dan Najib amat erat malahan hala tuju kepimpinan Menteri Besar Johor hari ini seiring dengan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan pusat.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *