Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Portal itu dalam laporannya turut menyebut Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.
Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.
Pelakon kelahiran Sarawak itu dikatakan berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.
Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam P. Ramlee The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya dekat sini dan juga memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Sal oma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.
Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali.
Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini. – SUMBER: http://www.beritaharian.sg/
No comments:
Post a Comment