Recent Post

Saturday, April 02, 2016

(TAHNIAH)Fathia Latiff Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fathia Latiff yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Fathia yang sememangnya cantik kelihatan semakin berseri-seri apabila menutup aurat. Memang sedap mata memandang. Semoga Fathia diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam berhijab.

fathia latiff bertudung

Abang Nara gembira mendengar kata-kata Fathia yang redha dengan apa jua yang bakal terjadi terhadap beberapa kontrak yang telah ditandatangani sebelum bertudung. Kata Fathia:-

Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.

Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya

Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung. "Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.

Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali

fathia latiff bertudung

Insya Allah rezeki akan dimurahkan olehNya apabila kita mengikuti syariat yang telah ditetapkan. Tak perlu risau bab-bab rezeki ini. Insya Allah akan makin melimpah ruah selepas ini. Lagi beberapa gambar Fathia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fathia latiff bertudungfathia latiff bertudung

fathia latiff bertudungfathia latiff bertudung

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *