Recent Post

Thursday, April 07, 2016

Salleh: Proton hadapi situasi 'pembeli, penjual sukarela'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Proton sedang berhadapan dengan situasi "pembeli sukarela, penjual sukarela" dan tiada kena mengena dengan kurangnya semangat kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata apabila pembeli tidak bersedia untuk membeli, dengan itu tiada apa yang dapat dilakukan oleh penjual.

Katanya amat malang apabila persaingan dan globalisasi telah mengubah dunia menjadi pasaran pembeli.

"Jika terdapat permintaan dengan itu anda wujudkan bekalan, tetapi anda tidak dapat wujudkan permintaan dengan meminta rakyat Malaysia untuk membeli produk anda hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia dan Proton juga syarikat Malaysia," katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau semalam.

Salleh berkata Proton bukan milik kerajaan tetapi milik swasta, namun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan rakyat Malaysia membantu Proton sebagai "khidmat negara atau sebagai tanda patriotisme".

"Secara peribadi saya tidak mempersoalkan tentang perkara ini. Lagipun, saya juga cintakan Malaysia sepertimana Dr Mahathir dan apa sahaja yang dapat membantu mengibarkan bendera Malaysia saya akan menyokongnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya membeli kereta buatan negara tidak boleh disamakan dengan semangat kebangsaan atau patriotisme.

"Ia adalah tentang membelanjakan, kadang kala, sehingga separuh gaji bulanan anda (membayar ansuran pinjaman, cukai jalan, insurans, minyak, caj tol, bayaran tempat letak kereta, servis, dan lain-lain), tidak termasuk penyusutan nilai, yang mungkin sehingga 20 peratus sebaik sahaja anda daftarkan kereta anda dan memandunya keluar dari bilik pameran.

"Jadi apabila seseorang membeli kereta, hanya satu menjadi keutamaan, nilainya dari segi kewangan, dan sama ada kemudiannya boleh mendapat pulangan sebaiknya daripada pelaburan anda apabila anda memutuskan untuk menjualnya atau 'trade-in" kereta anda," katanya.

Salleh berkata membeli kereta merupakan pelaburan tidak menguntungkan kerana nilainya akan menyusut sebaik sahaja seseorang itu membelinya.

Oleh itu, katanya "akhirnya isu kuasa pasaran dan undang-undang bekalan dan permintaan menentukan apa perlu anda lakukan."

Memberikan contoh Sweden, katanya kerajaan Sweden tidak meminta rakyatnya membeli Volvo untuk mengelak syarikat itu daripada dijual kepada syarikat China manakala Britain tidak meminta rakyatnya membeli Mini untuk menghalang syarikat itu dijual kepada syarikat Jerman.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *