Recent Post

Wednesday, May 04, 2016

Di Sebalik Pelancaran Album AZIMAT BAND – GILIRANMU


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kumpulan AZIMAT BAND, sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre muzik rock berkonsepkan lagu-lagu berunsur nasihat dan ketuhanan telah mengadakan majlis sidang media pelancaran album berjudul GILIRANMU bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

Azimat Band

Menyedari pentingnya nasihat-menasihati sesama manusia, "DAKWAH IS RYHTYM FOR YOUR LIFE" merupakan tagline Azimat yang selari dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album.

Azimat dianggotai oleh ahli asal Datuk Seri Paduka Zulkifli Yusuf (Datuk Zeck) sebagai vokalis, Zaid Muhamad atau Brader Zack (Pemain Dram), Kamaruddin Ahmad (Pemain Bes) serta anggota baru Afiq Faiz Amir (Gitaris), Roslan Ismail atau Kyoji Sky (Pemain Keyboard) dan Meor Aniq Zariman (Gitaris).

Azimat mempertaruhkan lagu Isteriku sebagai single pertama mereka bagi menghargai para isteri di luar sana yang banyak berkorban untuk suami demi kebahagiaan rumah tangga yang dibina. Manakala lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album GILIRANMU ini adalah;Mulianya Ibuku, Berkalam Tak Bernyawa, Azimat 3, Cempaka Puaka, Sering Terlupa, Giliranmu, Hamba Durjana, Apa Yang Kau Cari dan Rasukan Iblis.

Azimat Band

Menurut vokalisnya Zeck, Azimat masih mengekalkan lagu-lagu berunsurkan nasihat kerana rasa tanggungjawab sosial yang harus dipikul bersama. Katanya, "hasrat dan impian kami mahu meneruskan lagu-lagu rock kerohanian serta dakwah ini tidak pernah terpadam.

Semua lagu rock kerohanian dalam album kami ini adalah tanggungjawab kami sebagai umat Islam. Dalam masa yang sama, dakwah serta nasihat yang disampaikan bukanlah hanya untuk para pendengar sahaja, malah kami sendiri mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya.

"Album ini secara tidak langsung (melalui mesej lagu) merupakan salah satu usaha membantu pihak berwajib dalam menangani gejala sosial di kalangan masyarakat terutamanya remaja. Saya berharap album yang berlandaskan tanggung jawab sosial ini dapat diterima baik oleh masyarakat di luar sana," luah Zeck yang juga komposer dan penerbit album GILIRANMU ini.

Senarai berikut di bawah adalah orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalampenerbitan dan pembikinan Album GILIRANMU.

Ketua Band : Zeck AzimatLagu dan lirik oleh : Zeck AzimatRecording Studio : Azimat RecordMixing : Azimat RecordMastering : Azimat RecordSound Engineer 1 : Oja AxisSound Engineer 2 : Din AzimatSound Engineer 3 : Nick CDRWDesigner 1 : Jebat SobriDesigner 2 : Tunku MierulDesigner 3 : Zeck EstTechnician : Aswad Azimat

Azimat Band

PENUBUHAN Azimat Band mula ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula merakamkan single pertamanya berjudul "SEMPURNA" pada tahun 1999. Bertitik tolak dari sinilah bermulanya langkah Azimat untuk terus mengorak langkah di persada seni muzik rock tanah air. Mereka mula mendapat perhatian serta diterima ramai peminat muzik rock apabila pertama kali beraksi dalam banyak showcase yang dianjurkan sendiri oleh Azimat.

Pada tahun 2001, Azimat berpecah kerana vokalisnya Zeck telah menarik diri untuk menguruskan perniagaannya. Selama 13 tahun Azimat menyepi, perlahan-lahan mereka kehilangan peminat.

Namun disebabkan jiwa rock masih kental dalam diri, maka pada tahun 2012, Zeck kembali mengambil langkah menghimpunkan semula anggota – anggota asal dan baru bagi meneruskan perjuangan memartabatkan industri muzik rock tanah air serta meraih kembali sokongan dari peminat – peminat yang telah lama ditinggalkan.

Azimat Band

ALBUM TERDAHULU Kebangkitan semula Azimat dibuktikan dengan kemunculan album sulung mereka berjudul Azimat pada tahun 2013. Album ini mempertaruhkan lima (5) buah lagu iaitu Inikah Aku, Sempurna, Peristiwa Silam, Dicintai dan Azimat. Hasil jualan album Azimat ini juga amat memberansangkan dan mencapai taget sasaran iaitu 10,000 unit.

Tanpa menoleh ke belakang, Azimat melangkah dengan lebih yakin dan berani dengan munculnya album kedua berjudul Azimat 2 pada tahun 2015. Album ini diterbitkan khusus buat peminat-peminat Azimat yang terus setia menanti. Album ini memuatkan 7 buah lagu serta 5 buah lagu bonus. (lagu daripada album yang pertama). Kesemua Tujuh buah lagu adalah ciptaan dan gubahan Zeck dan diterbitkan oleh Azimat Record.

Lagu-lagu yang berunsurkan nasihat ini adalah Azimat 2, Penyesalan, Selagi Ada, Fitnah, Syawalku Kini, Keinsafan Menjelma dan Kematian.

Majlis Pelancaran Album Azimat 2 diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2015 dengan dihadiri oleh pihak media serta para peminat. Tidak cukup dengan itu, Azimat turut mengadakan banyak showcase dan sesi bertemu peminat di hampir seluruh Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan banyak lagi. Selain itu, Azimat meneruskan promosi album di stesen radio seperti THR, Mutiara FM dan Radio Kopstar, Radio Muzik FM Langkawi FM, Chill FM, Putra FM dan sebagainya.

Lagu 'SELAGI ADA' merupakan lagu hit dalam album ini dan sering dimainkan di radio seluruh negara.

Azimat Band

ROAD TOUR Tahun 2016 ini, Azimat Band merangka perancangan dengan lebih teratur untuk mempromosi album dan mengukuhkan nama Azimat dengan mengadakan Road Tour ke seluruh negera di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ini juga langkah awal ke arah memperkenalkan Azimat di luar negara khususnya di Asia seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Diharapkan sentuhan dan susunan muzik yang berkualiti serta publisiti yang meluas membolehkan Azimat mencapai impian ini pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan Majlis Pelancaran Album Azimat yang ketiga iaitu GILIRANMU ini.

Terima kasih juga kepada para wartawan dan media serta radio yang terlibat kerana sudi memberi ruang kepada Azimat Band untuk terus mempromosikan lagu-lagu kami. Semoga kehadiran kami akan terus mewarnai muzik rock Malaysia.

Sebarang maklumat, pertanyaan serta pembelian CD album bolehhubungi di talian:012-4464 700 / 017-5166 916 / 019-4052 742Fb : Azimat Record / Instagram : Azimat Record

Azimat Band

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *