Recent Post

Wednesday, May 04, 2016

Zunar terima anugerah antarabangsa keamanan 2016 - Malaysiakini (caruman) (subscription)


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kartunis politik Zunar menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland, semalam.

Selain Zunar, kartunis Kenyan, Gado, juga menerima anugerah yang sama dan hasil karya mereka dipamerkan di Lac Leman di Geneva.

Turut hadir majlis itu ialah Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ahli Majlis Perbandaran Geneva, Guillaume Barazzone.

Mengulas mengenai anugerah itu, Zunar berkata ia memberi kekuatan baru kepadanya untuk meneruskan perjuangannya.

"Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah," kata Zunar dalam satu kenyataan semalam.

Bakat, katanya, bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Oleh itu, tegas Zunar, menjadi tanggungjawabnya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim.

"Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.

"Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas.

"Bersikap neutral adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand," katanya sambil berikrar akan terus berjuang melalui kartun sehingga "ketitisan dakwat terakhir".

Beberapa karya Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, yang mengkritik kerajaan telah diharamkan dan dirampas.

Beliau ditahan polis sebanyak dua kali, pada tahun 2010 dan 2015, atas dakwaan menghasut.

Beliau kini menghadapi sembilan dakwaan hasutan kerana komen kritikal beliau berhubung pemenjaraan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lepas.

Selain anugerah terbaru itu, Zunar merupakan penerima anugerah Human Rights Watch Hellman/Hammett pada 2011 dan 2015, dan dia juga memenangi anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa pada tahun lepas yang diberikan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) yang berpusat di New York.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *